HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Selasa, 31 Julai 2012

♥ PASIR MAS KILANG JELITAWAN ♥


Walaupun CPS tidak sejelita/secomel/secantik macam gambar2 kat bawah ni tapi CPS terasa teruja plak nak n3 kan cerita pasir mas tempat lahir CPS dan tanah tumpah CPS yang terchinta....walaupun perkembangan dan pembangunan tidaklah sehebat kota bharu dan tanah merah...tapi CPS tetap suka bandar kecil CPS tu...




SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

pic from google....suka sangat tengok pic neelofa...tanpa makeup tebal...memang teserlah kecomelannya kan

 Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

bandar pasir mas....kat plaza tu lah tampat cps suka lepak2 dulu...hihi...bukan lepak2 x tentu pasal yerk...lepak2 kat kedai kakak cps..dulu lah

 Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Pasir Mas, Kelantan



  • Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
  • Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
  • Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
  • Mempunyai keluasan 57,800 hektar
  • Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)

  • ~ creadit to MyMetro ~

    ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

    dulu ada 2 citer.....ada citer sokmo CPS ni kan...hihi

    cerita pertama dulu masa CPS keje kat kl....masa nak balik kampung....CPS amik cab dari vista angkasa kg kerinchi nak p ke stesen bus hentian putra...on the way kesana pakcik tu tanya adik orang mana???? CPS cakap la orang kelantan....dia tanya lagi...kelantan kat mana??? CPS cakap lah orang pasir mas....tiba dia cakap OWHHH PATUT LAHHH.....apa yang patut pun CPS tak tahu dan CPS tak nak panjangkan citer sebab CPS takut masa tu...pakcik tu lalu jalan yang CPS tak selalu lalu...dia lalu jalan short cut nak p ke hentian putra belakang kl central tu...lalu ikut rumah2 besau macam ada hutan2 sikit tu...hihihi...CPS banyak diam jer...sebab CPS takut...pakcik tu perasan kot CPS mcm takut...pastu dia cakap saya lalu sini sebab dekat....jalan shortcut jer...dekat....huhuhu...tp berpeluh gak lah CPS masa tu...

    cerita kedua....kelakar sikit...CPS ni selalu ajak kawan2 CPS yang bukan orang kelantan mai jalan2 kat kelantan umah CPS kalo time CPS nak balik kg....ada ker salah sorang ni cakap 'AKU TAKUT LAH NAK P PASIR MAS....TAKUT KENA TEMBAKKK SEBAB DEKAT NGAN THAILAND' memang CPS masa tu gelak guling2 sebab ada ke patut dia cakap macam tu...CPS cakap la balik ' KO INGAT PASIR MAS DEKAT SANGAT KER NGAN RANTAU PANJANG....JAUH JUGAKK...PASTU MANA ADA ORANG TEMBAK MENEMBAK TAK TENTU PASAL NIH....KARUTT KOMEDIA JERK KO NIH...' yang belakang tu penambah perisa jerk...kuikuikui

    itu lah di antara cerita CPS yang masih ingat sampai ke sekarang walaupun hakikatnya dah dekat 4 tahun CPS tinggalkan kota metropolitan kuala lumpur....kenangan bersama kawan2 masih terpahat dalam hati sanubari CPS...





    Isnin, 30 Julai 2012

    ~ JOM JOIN GA SWEET LIZAHANUM ♥



    dah lama CPS tak join GA kan...ini lah kali pertama CPS join GA pada tahun 2012 ni

    hari ni CPS nak join GA dari SWEET LIZAHANUM.....salam kenal yer liza....♥
    jom kita ramai2 join GA liza...mana tau ada rezeki terpijak....rezeki di bulan ramadhan...:)


    kepada u olss untuk join GA ni boleh lah ke blog liza...sila klik di {DISINI}

     bye...bye


    ~ KARI KERANG


    SLRUPPPPPP


    n3 lauk pauk plak yerkk....bulan2 posa ni plakk....terliur aja kalo tengok lauk pauk kan...

    tambah2 tengok kat blog CMG....memang meleleh ayaq liur....
    apa yang paling CPS suka....cara CMG interprem masakan dia tu....di tambah lagi dengan PML antik...perghhh

    macam CPS tak reti ler nak amik gambar....dah puas godek2 cam tu jer resultnya...hihi

    kari kerang ni ekceli CPS tengok kat fb....member fb shared kari kerang ni...rasa macam sedap plak kerang di buat kari yerk...sebab tak penah makan lagi....so last 2 week CPS masak ler kasi kerang ni....cara2nya senang ajer....cik abe ngan anak2 CPS pun suka kari...jom semak resepi dari CPS :-


    bahan-bahan :-

    # kerang 1 kilo
    # bawang merah besar 4 ulas*
    # bawang puteh 2 ulas *
    # halia seinci lebih *
    # lada hijau 2 biji *
    # sedikit asam jawa
    # sedikit halba campur
    # serbuk kari babas
    #  santan segar
    # 2 biji ubi kentang

    cara-cara :-

    # rebus kerang dahulu....kalo boleh dapatkan kerang yang segar..
    # panaskan sedikit minyak
    #  masukkan bawang merah+puteh+halia yang telah di blend....bahan2 yang bertanda * kena blend dulu yerkk....kalo nak tumbuk bolehhh tapi larat ker....hihi
    # masukkan sedikit halba campur...dan pastikan bahan2 tadi di tumis sehingga naik bau
    # masukkan serbuk kari.....serbuk kari kalo boleh biarler di campur sedikit dengan air baru masukkan dalam periuk....bukan apa nanti kari cepat hangitttt
    # masukkan santan dan sedikit air untuk di jadikan kuah....air janganlah terlalu banyak yerkk...biarlah berpadanan dengan santan supaya tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair...
    # masukkan sedikit air asam jawa....sedikit jer tau...jangan banyak sangat masamm nanti...tp terpulang gak la pada u olss yang suka masam
    # masukkan ubi kentang 
    # masukkan kerang
    # masukkan gula+garam+aji secukup rasa...
    kacau sehinga sebati dan tunggu masak aja lah yerkk...☺


    nota tangan ~ semalam jenjalan kat taman2 kat sini....kesian CPS tengok jumpa monkey dok pegang bunga....dok merenyihhh jerr....yer lah kan...tak penah merasa pegang bunga tu kot kannn...kesian kannnn...:)


    owh lupa nak habaq.....selamat mencuba yer resepi CPS yang tak seberapa tu..




    Ahad, 29 Julai 2012

    ~ XTRA FOR SALE


    kepada sesaper yang nak lengkapkan koleksi boleh lah cuci mata atau terjah ke blog shop CPS yer....bleh klik {DISINI}

     ini diantara stok2 PML yang CPS nak letgo....

















    Tq u olss sudi datang blog CPS...SELAMAT BERBUKA PUASA...☺



    ~ ALKISAH KEGEMUKAN

     

    saper suka jadi gemukkk????
    rasanya x der sorang pun nak jadi gemuk aka OBES kan....kalo badan plum2 tu tak kira gemuk lagi la kan...sebab kalo badan plum2...chubby2 sikit tu bleh di kira kategori ok la kan...chumell

    CPS sudah merasa saat jadi kurus kering dengan saat chubby2 sikit..
    dulu stat dari form 3 hingga lah umur 21 tahun badan CPS macam papan aka kurus kering...

    dulu masa sekolah selalu jugak kena buli ngan kawan2...selalu dorang cakap CPS ni kurus macam lidi lah...macam jerangkung lah...sedih CPS tau..hukhuk...nak buek macam mana masa tu makan 10 pinggan sehari pun memang CPS kurus gak...orang cakap orang kurus ni makan banyak....itu memang betul....hihihi...itu dulu lah..:p

    ada satu citer lama....masa form 3....CPS ni memang tak suka lelaki demukk hokey....kalo ada yang nak ngoratt dan kalo demukkk CPS x layan....dulu masa mula2 masuk kelas form 3...ada satu mamat tu...dia memang jenis demukkk dan badan ala gergasi sikit (besar)....masa tu time nak cuci kelas...CPS dengar dia laungkan SYAIDAHHH I LOVE UUUU....terus masa tu muncung CPS sedepa.....setat dari hari tu sampai lah setahun CPS tak cakap ngan mamat tu walaupun dalam kelas yang sama...sampai lah CPS pun pindah sekolah masuk sekolah teknik....hihihi...kejam kannn...kesian plak pada awang2 demukk kan...

    itu cerita selingan jerrr....sebenarnya nak cerita yang kat bawah ni....dulu masa pestime CPS jumpa ngan my beloved hubby...my hubby ni kurus kering jer....itu sebab CPS tergodassss....lani jangan di tanya berapa beratnya....mau pengsaan tauu...jangan marah yer bang....kuikui



    pic sumber dari google

     lani pemes dengan produk SD II ALPHA LIPID kan...ramai yang telah minum....kawan2 CPS kat opis ni...dan termasukklah my hubby.....CPS lah yang sarankan...bukan apa nak kasi my hubby turun sikit jer lagi berat badannya....

    tapi lani bulan posa kalo tak makan nasi terus kan tak der tenaga plak....ekceli yang CPS tau kalo nak makan bender alah ni memang kena betul2 diet karbo...baru nampak hasilnya yang cepat....kalo still amik juga karbo...mungkin lambat proses kurus tu....CPS dulu ingat nak try jugak kasi pewoottt CPS ni kempiss....tp biarlah dulu kasi my hubby makan dulu....biar dia jadi testimoni...





    pic ihsan dari google

    semalam baru beli penimbang berat ni....kalo tak sampai kesudah memang kami tak beli....ekceli CPS pun tak tau berat CPS berapa....tak penah nak jaga badan...makan main sentall jer...lani dah tau berat CPS berapa setelah beranak dua...hukhuk



    berat CPS....lani 50 kg....kalo ikutkan keputusan ialah NORMAL....dulu masa zaman anak dara 42-44 kg jer yang boleh naik...tp masa dekat2 nak kawin naik juga sampai 48 kg...kikiki...lani walaupun normal CPS tetap nak turun kat bahagian yang mengerikan ni bila dilihat....dimana yerkkk...di bahagian pewoott lerr....ekceli walaupun beranak dua tak der alasan pewoott munciiitt kan...sebab tak jaga pemakanan dan juga yang paling mak CPS dok pesan sampai berbuih mulut ialah ayaq batu....memang CPS tak leh dok kalo sehari tak minum ayaq batu....jadi gian macam mana ntah


    yang ni plak keputusan my hubby.....tengokk dah kategori OBES dah dia....kalo ikutkan kena 65 kg jer...tapi bg CPS 70 kg pun dah ok...x mau my hubby kurus cekeding sangat....x suka tengok muka jadi cengkung kalo orang kurus sangat kan....hihihi...

    tapi lani kalo dia demukkk pun CPS tetap sayang dia hingga akhir hayat CPS....jadi lah macam mana pun dia tetap di hati CPS...kalo time kurus kita boleh terima...time bam2 pun kita kena trima jugaklahkan...itu pun dah syukur alhamdulillah suami kita suka kita dan sayang kita walaupun kita tak se cun macam kita anak dara dulu... ☺

    ok lah u olss....cerita demukkk di bulan posa....layannzzz....jangan tido depan lappy jer lah yerk baca n3 CPS ni...kikikiki....CPS rasa blog CPS ni dah jadi caca merba...semua ada...tak fokus pada 1 topik ajer...nama pun beloggg peribadikan...ahakksss


    Sabtu, 28 Julai 2012

    ~ KOLEKSI TUDUNG RAYA



    dulu penah cakap dalam hati...aperkebender lah dorang ni beli tudung mahal2...cam membazir jer...hihi..last2 CPS juga terjerumus sama....ekceli bukanlah untuk di buat koleksi macam kolek PML tu...
    cuma nak merasa kegojesan bersama Fareeda Nyata Jelita...:)
    hakikatnya memanglah harganya agak meletup sikit....tapi hati berkata mahu juga merasainya...kuikui...alahai untuk tudung raya ajer...


    koleksi pertama....sebab tema tahun ni kaler purple...CPS suka kaler dark purple...masih lagi tak berapa cekap....pada yang menjadi collector tegar fareeda sudah mahir dengan nama pattern tudung dan juga kerongsang....kalo CPS memang x tau apa kebendernya lagi...mai tengok kaler jer...kerongsang no 2....


    koleksi kedua....kaler cekelat...memang CPS peminat setia kaler nih...suka sesangat...yang ni memang di jual dengan set gelang dan cincin....ekceli CPS nak yang tudung ajer...cam gelang dan cincin CPS ingat nak letgo lah....tp ada ker orang yang nak beli....ada jugak CPS tengok member2 fareeda di fb letgo kerongsang fareeda ajer...hmmm tengah pikior2 nih

    semua koleksi tudung ni CPS beli on9 dengan kak zura di Butik D'Zura Pasir Puteh....masa balik kelantan hari dah p pasir puteh tapi masa tu tak terbekenan plak nak p butik kak zura ni....mungkin masa tu aura nak nak beli tudung ni tak mai lagi...hihi...

    tapi CPS memang surrender lah memang tak bleh beli sokmo koleksi tudung2 nih....cukup lah 2/3 helai jer...memang parah poket CPS...dengan pml lagi...harga dua2 tu semua harga kebabommm...x mau bazirkan duit dengan semua ni...masih lagi ingat masa depan yang belum tentu lagi macam mana kannnnnn....:)

    ok lah....apa yang di n3 kan ini bukan niat untuk menunjuk2 ke apa2 yer cik tonn, cik kiah, cik embuh dan mak jemah....sekadar untuk di kongsi2kan bersama2 peminat fareeda...mana tau kan u ollss sama mcam CPS...minat baru...hihi

    mata tak berapa nak ngantuk malam nih...selamat bersahur yer kawan2...:)



    Khamis, 26 Julai 2012

    ~ LENGGANG SI LENGGANG KANGKUNG



    ♥ BUNGA KANGKUNG AKA TROMPET ♥ 


    My kangkung yang setahun sekali belum tentu membiak...memang agak susah nak membiak sebab tuan dia tak mau kasi baja....tuan dia dok suka buh baja kat bunga ros jerk....hihi

    ini ajalah yang ada....tak der teko2 rare...hanya ada teko aladin sebiji jer....itu pun boleh lah....bersyukur apa yang ada....


    kebanyakan koleksi bk CPS hunting sendiri kecuali teko dan cawan2....dan ada juga pemberian kawan2 sealiran....murah rezeki CPS


    pakdin....teringin juga beli yang lain.....tapiiiii apakan daya....tunggu poket CPS penuh dulu yerkk


    antara mangkuk2 hayun yang CPS ada...tak lah banyak mana pun....bila sekali pandang cantik juga kangkung ni kan....mangkuk yang banyak2 tu dah kena kenen ngan buyer CPS 2 biji.....tak bagi kan kawan2....tak per lah kasi tinggal 4 biji jer....itu pun dah cukup..☺


    cawan ml yang beli ngan mek t....dedalu pink....lani hanya ada 4 set jer..ingat nak tambah lagi 2 set....tp tunggu lah yer....tunggu bila ntah daaa....kikiki....cawan comel hasil menang GA kak yan....sangat2 chumell okeh... ☺


    mangkuk besaq 7".....yang di bawah 2 biji hasil hunting di loken dulu.....dan yang paling atas hasil hunting di kg hari tu....sangat2 suka bila dapat mangkuk yang berlekuk2 gitu.....cuma lani nak letgo yang bawah tu ajer sebiji sebab CPS tak kolek bk 4 season...

    koleksi bk CPS ni ntah la nak kasi membiak ke tidak....teringin memang teringin tapi CPS nak fokus pada yang lain dulu.....tp kolek PML ni tak penah nak habis kan....tak der lah sampai ke tua yerk nak kolek PML....kikiki


    ok lah u olss...selamat berbuka puasa....☺



    Selasa, 24 Julai 2012

    ~ JALAN-JALAN SAMBUT RAMADHAN


    ♥ MAMA GOJES, KAK EISYA CHUMELL & DIK MIA CUTE ♥


     minggu lepas plan nak ke under water world masih tak menjadi...
    rasanya dah dekat 3 kali plan tapi masih tak jadi2....sebab tak jadinya tu....masuk kul 3 jer dua beradik nak zzzzzz....so bangun dah dekat kul 5 lebih....kalo dah anak zzzz....bapaknya pun nak zzzz....maknya jer lah yang dok melopong layan tv atau fb.... ☺...yer lah kan semuanya dengan izin tuhan....kalo tuhan tak izin dah sampai ketempat tu pun belum tentu leh masuk... ☺..tunggu raya nanti lah plan p lain....

    last2 sambil2 nak beli barang keperluan puasa....sempatlah kami ronda2....rehatkan minda dan lapangkan jiwa....tentulah untuk mamanya....mama dia nih bukan buleh dok lama2 dalam rumah....mesti nak kuar2 jalan2....yang penting lihat laut pun jadi lah...memang CPS suka....pantai kat sini memang cantik....tak payah ke pantai cenang....kalo u ols datang lepak kat kuah pun dah cukup cantik tengok pemandangannya....terus leh nampak pulau dayang bunting

    kami ke dataran helang jer.....nak ker pantai cenang atau kemana2 cam jauh plak....so leparking kat kuah jer....dekat ngan rumah...


    dik mia yang cute....dak bolatt mama....mama cayang kamu ♥ 


    suka tengok pic ni....bila masa my hubby snap pun mama tak perasan.....pandai lak depa posingg...bukan senang nak suh dik mia posing...masih tak pandai....kalo kakak danisya jangan di kata...dah pandai dah sekarang....tp ikut mood dia jer lah


    pic mama tidak ketinggalan yer....my hubby dah masak dah dengan kerenah wife dia yang terchentaa nih....sejak ada blog 3 tahun lepas pantang p mana2 mesti nak amik ganbar sekeping dua...hihi....


    comell plak anak mama nih....sopan jer duduk kannn....mama nampak slim lerr...slim lah sangat yerkk...kuikuikui


    mama wif dik mia....sama tapi tak serupa....anak mama yang ni lain sikit....x der iras mama sangat...iras papa pun x berapa nak ada....cuma lesung pipit tu ada ikut papa....kecik2 tak nampak sangat lagi kan....budak2 orang cakap banyak kali lagi wajah akan berubah....


    adoiii kakak plak x sempat nak buat peace ikut mama.....baru jer nak angkat tangan tu yerk....kata papa biar kami jer lah bergambar....dia x mau nak interprem....hihihi...lagi pun agak susah nak amik gambar kami 4 orang ni....segan nak minta tolong orang kiri kanan tu....tak per lah tunggu raya kan... ☺


    nota tangan ~ mama sajer jer nak interprem koleksi tudung idaman mama....FAREEDA NYATA JELITA....tudung yang boleh buat poket mama kempis...hukhuk