HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Selasa, 3 April 2012

~ MANUSIA YANG SUKA BANGGA DIRI...ADALAH MANUSIA YANG BERPENYAKIT UJUB.

Assalamualaikum

 salam di pagi selasa...


sekadar gambaq utk di mengertikan



~ sekadar untuk berkongsi ilmu~



Kagum dengan diri sendiri (U’jub)

Antara penyakit yang menimpa orang-orang yang dikurniakan kelebihan oleh Allah ialah Ujub. Kadang-kadang kelebihan itu tidaklah seberapa mana, tapi kalau ada penyakit dalam hati, timbullah ujub. Moga Allah pelihara kita…


Definisi
Ujub bermaksud gembira atau seronok terhadap diri sendiri, kata-kata atau perbuatan diri sendiri, tanpa melampaui kepada orang lain. Tidak kira sama ada kata-kata dan perbuatan itu baik atau buruk. Seperti orang yang rasa bangga diri dengan ilmu yang dimilikinya.

Jika melampaui orang lain dengan menghina atau memperlekeh tindakan mereka, maka itu dipanggil ghurur atau terlampau takjub. Seperti seronok dengan ilmu yang dimiliki dan dalam masa yang sama memperlekehkan ilmu orang lain.

Adapun jika keseronokan tadi sampai memperlekehkan ilmu dan peribadi orang lain serta mengangkat diri, maka dipanggil takabbur.

Ujub bukan sahaja terhasil lantaran kehebatan diri sendiri, tetapi boleh juga terjadi bila dikaitkan dengan kelompok yang dianggotai. Menurut imam Al-Ghazali, ujub ertinya merasa bangga pada diri sendiri, merasa hairan dengan sebab adanya sesuatu. Diri sendiri yang dimaksudkan ialah sama ada mengenai peribadinya, golongannya, kumpulannya atau apa sahaja yang dianggap erat hubungannya dengan dirinya sendiri itu.

Punca
Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran menyebabkan ujub berlaku. Antaranya ialah berpada dengan nikmat, sehingga melupakan pemberi nikmat iaitu Allah Taala. Pujian, penghormatan dan kepatuhan yang diberikan secara berlebih-lebihan juga menyumbang kepada ujub. Lantaran itu Islam mengingatkan umatnya supaya meraikan adab ketika memuji dan menghormati orang lain, kerana dibimbangi membawa kepada ujub.

Lalai dari hakikat kejadian manusia yang berasal dari air mani, didikan dari keluarga yang selalu memuji anaknya, berasal dari keturunan yang baik-baik dan berkawan dengan orang yang bersifat ujub turut menyumbang kepada ujub. Adapun bagi para pendakwah atau aktivis masyarakat, jika tampil di medan sebelum jiwanya bersedia atau tarbiahnya matang boleh mengakibatkan terjebak dalam fitnah ujub. Pastinya individu yang jahil tentang akibat ujub lebih mudah terperangkap.

Implikasi Ujub Ke Atas Individu
Antara keburukan ujub ke atas orang perseorangan ialah mudah terjebak dalam ghurur, bahkan mungkin kepada takabbur. Orang ini juga terhalang dari mendapat taufiq ilahi dan mudah kecundang bila berhadapan dengan saat-saat getir atau fitnah seterusnya dibenci oleh orang lain. Apa yang pasti, setiap sifat mazmumah akan mendapat balasan Allah di dunia maupun akhirat kelak.

Implikasi Ujub Kepada Amal Islami
Adapun keasan ujub kepada organisasi dan amal Islami ialah ia mudah dibolosi dan dihentam oleh musuh dari luar dan dalam. Atau menjadi mandul dan tidak mendatangkan hasil kecuali selepas beban dan masa yang panjang. Juga, proses pengumpulan ahli akan terhenti atau lambat hasilnya lantaran mad’u lari dari pendakwah yang takjub dengan diri sendiri.

Tanda-tanda Ujub
Secara kasar, orang yang berpenyakit ujub ini boleh dikesan. Selalunya dia lebih suka suka memuji diri sendiri, susah menerima atau mendengar nasihat. Termasuk juga suka mendengar aib orang lain, terutama rakan sendiri.

Cara-cara Mengubati Ujub
Setiap penyakit ada ubatnya. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah sentiasa menginsafi hakikat kejadian manusia yang berasal dari tanah dan berkembang dari air mani yang hina. Sentiasa menginsafi hakikat dunia yang sementara berbanding akhirat yang kekal dan perbanyakkan mengingati nikmat-nikmat Allah kepada manusia.

Islam menganjurkan umatnya menziarahi orang sakit dan mengikuti jenazah serta mengingati kematian. Cara ini boleh meleburkan sifat ujub seseorang. Lebih-lebih lagi jika kita turut sama memandi, mengkafan dan memasukkan jenazah ke dalam kuburnya.

Melazimi al-Quran dan as-Sunnah, menghadiri majlis ilmu terutama yang menyentuh kecacatan hati dan cara mengatasinya turut memberi kesan yang ketara. Akhirnya, jangan lupa memohon bantuan daripada Allah…
Wallahu a’lam.


Sumber:
1. Afat a’la at-tariq (Dr. As-Saiyid Muhamad nuh)
2. Maui’zatu al-mukminin (Imam Ghazali)

nota tangan ~ Ya Allah Ya Tuhan ku...ku mohon dari Mu...jauhkanlah aku dari sifat2 Ujub sebegini....hindarilah diri ku dari segala perbuatan2 yang kufur dan munafik....Amin

semoga anak2 yang ku lahirkan ini dijauhi dari sifat2 UJUB ini...kerana sifat2 ini boleh terbawa2 ke alam dewasa jika ia tidak di hindari dari zaman kanak2 lagi...

wallahu a'lam...



2 ulasan:

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Semoga kita semua dijauhkan dari segala sifat2 mazmumah.. amin

Sya berkata...

sya to kak zefa

insyaAllah kak zefa...semoga kita semua di jauhkan dari sifat2 yg di murkai oleh Allah s.w.t