Assalamualaikum
kalo u olss perasan kat fb ada link yang shared pasal ganguan2 jin nih kan....
sejak dari situ baru sya perasan apa yang berlaku dan dok dengar kat umah selama nih memang salah satu gangguan jin...
ok kat bawah ni sebagai info
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok....cerita sya plak cam nih
kitaorang dok kuarters LADA tu dah nak masuk 3 tahun
sebelum ni x der apa.....cuma kami selalu dengar tiap2 malam orang atas umah kami tu pindah2 perabut....sekali sekala ada macam ketuk dinding umah....pastu di sudahi dengan tukul jatuh ke lantai bersama paku2nya....macam tu lah lebih kurang...yang pindah2 perabut tu hampir tiap2 malam....sampai kitaorang suami isteri dok mengata kat orang atas kenapalah selalu alih2 perabut....walhal kat umah atas tu dulu ada 2 orang budak muda jer....lani dah tinggal sorang....kami lupa yang kat atas umah budak2 tu mana ada perabut pun....kosong jer kat ruang tamu....
sya penah juga lah dok sembang2 dengan jiran sebelah umah....dia pun cakap macam tu...penah dengar....tp tak pasti kakak tu selalu dengar ke tak....(nanti esok lusa nak tanya lagi)
erm....masa danisya umur 8-9 bulan dulu penah lah sekali dalam kul 1.30 pagi....masa tu my hubby keje malam (on duty)....so kitaorang berdua jerlah malam tu....sya terjaga dari tidor dan terus dengar macam ada orang sedang main mainan danisya....(bola bulat yang dalamnya ada guli)...start dengar dalam kul 1.30 pagi sampai kul 2.00 baru berhenti...masa dok dengar tu sya sempat call hubby....dan hubby cakap baca lah ayat2 suci al-quran tu....so sya pun dok baca ayat qursi sampailah tertido....dalam masa yang sama juga sambil2 dok relekskan hati jangan takut....tetiba bulu tengkok meremang dengan sendirinya....aihh dok kata dalam hati bender tu dah masuk bilik aku ker....alahai....sya baca2 lagi sampai lah tertido sampai pagi....nasib baik danisya masa tu x bangun nangis2...pagi tu jugak sya bawa bola tu p umah pengasuh...lepas pada tu 7 hari 7 malam sya baca yassin kat umah....yang tu 1 kes
lepas pada tu memang tak der apa kecuali dok dengar bunyi tu tiap2 malam sya dok ingat yang tu memang budak2 atas tu yang dok buat....erm....hari tu sekali masa danisya masih kecil juga...kita orang keluar dan balik dekat2 nak magrib kalo x silap....sampai2 umah jer sya yang masuk umah dulu....lampu tak pasang lagi cuma bertemankan lampu koridor jer...hubby dok belakang....danisya tertido...sambil2 sya nak letak danisya dalam buai tu ada orang ketul cabinet tv yang betul2 sebelah buai tu....sya buat2 x tau jer lah sebab dok ingat perasaan jer....
tapi dah lama dalam hati ni dok kata macam ada bender jer dalam bilik air utama tu....sebabnya kalo bilik air tu terbukak..pintu tak tutup...sya rasa macam ada bender jer dok intai sya kalo sya kat dapur....ermmmm danisya pun penah 2/3 kali lepas mandi dia tunjuk kat atas dalam bilik air tu bgtau ' mama2 hantu'.....sya tanya dia kakak nampak apa??? nampak hantu?? dia buat macam mana kat kakak???? dia kan pelattt....cakap pun sambil2 gelakkk....sya bgtau hubby....hubby cakap kalo ada betul mau menangis budak tu takut....hmmm so sya buat tak tau lagi.....
erm....3/4 minggu lepas dalam kul 7 pagi...sya tengah masak moi kat damia....sambil2 dok cuci pinggan....dengar macam ada orang lalu belakang nak masuk bilik air....ingatkan my hubby....dengar mcm tapak kaki jalan tu....tengok2 my hubby dok dalam bilik....tanya dia...dia kata tak p pun lagi kat dapur....adohaiii....
tapi dalam hati sya kata ada bender tu....cuma semangat kuat dan rasa tak berapa nak takut tu sebab rasa itu rumah AKU dan aku berhakk dok situ dan ENGKAU lah yang kena keluar dan jangan lagi dok mengganggu umah AKU.....
kalo ikutkan sya nih memang PENAKUT tahap gaban....sebab selalu juga kena tindih masa muda2 dulu kat asrama....yang jadi semakin berani tu sebab kat opis sya keje nih pun kawan2 selalu juga citer dulu2...so nak tak nak kena mai opis jugakan untuk keje....yang penakut pun dah rasa cam berani sikit...sebab tu orang cakap jangan takut...nanti bender tu lagi suka nak usik kita...
sya penah juga tanya hubby pasal2 ni....kot2 lah dia penah rasa/tengok apa2 ker....dia cakap tak penah pun....kan sya penah tinggal dia sorang2 masa sya balik berpantang kat umah....hmmm orang lelaki cam tu lah kan....ekceli anak2 pun macam tak pernah di ganggu....sebab tu sya dok pikir ingatkan bender tu x der....
bila dok sembang2 ngan kawan2 tadi....apa yang berlaku kat umah dia lagi dasyatt....dan banyak info2 dan ayat2 al-quran yang di kongsikan bersama....sat lagi nak p cari CD Ruqyah yang mengandungi ayat2 suci al-quran dan lepas ni kena amalkan ayat2 nih....
semoga usaha yang nak di amalkan ni berjaya menghalau bender2 tu dari umah sya....nak cari juga ustaz2 dari as syifa....yang boleh datang tengok umah nih...kalo ada bantuan kawan2 yang sudi shared...boleh komen atau pm sya di fb....
apa2 kawan2 juga boleh rujuk kat SINI....banyak info yang boleh di kongsi..:)
sekian
4 ulasan:
kat umah skrg ni pun kadang2 ada bunyi org main guli dan alih2 perabot...padahal tingkat g tu paling atas...atas tu dh syiling dan bumbung.....huhuhu kat mana2 ade camni ek..
g buat dek je...kadang2 ckp gak..aku tak kaco ko ko jgn kaco aku....
seb bek masa duk sorg2 dulu..tak berapa nk bunyi...skrg dh lama tak bunyi dah...
gee....sya dulu mmg x mau dok tingkat atas sekali sebab dok terpikir siling tu boleh terbukak...dulu masa dok umh kg selalu gak ada bender macam kucing/tikus dok berlari2 atas siling tu...
so bila pindah umah kuarters mmg nak dok tkt 1/2...tp lain plak jadinya...member sya kata umah dia bunyi gak...kuarters yang sama...tp dia dok tkt 1...
sya rasa mana2 flat/apertment pun sama kan...yer lah bender2 ni kat mana2 ada
huh...seram sejuk la baca entry ni..aish...semoga gangguan tersebut dah takda ye sya...kalau akak..cabut dah...tak de nya nak tunggu-tunggu...
sya to kak pah...
kak pah..memang kadang2 tu tergugat jugak iman nih kalo dok mikir2...tapi rasanya kita kena kuat...kalo takut lagi dia nak mai...kiki
Catat Ulasan