HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Memaparkan catatan dengan label Mutiara Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Doa. Papar semua catatan

Isnin, 24 September 2012

SEMBAHYANG TITIK TOLAK SEGALANYA





Kebaikan seseorang hamba itu bermula daripada membaiki sembahyangnya....
dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya...
apabila sembahyang itu sempurna...lahirlah batinnya...khusyuk, khuduk, tadharruk dan faham apa yang di baca.....
selepas itu rahmat dan berkat daripada Alllah s.w.t pun mencurah-curah di anugerahkan kepadanya.....
Allah taala akan bersihkan jiwanya....
Allah s.w.t akan masukkan hidayah ke dalam hatinya.....
cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa, sabar, redha, tawakkal, pemaaf pun berbunga......
kelihatan pula kepada peribadinya...syariatnya sangat di jaga..
akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara, kerana itu betulkan sembahyang kita........
hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya...
janganlah kita anggap jiwa boleh di bersihkan tanpa sembahyang....
atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang...
sembahyang adalah satu ibadah...
sembahyang adalah sumber segala kebaikan....
di dalam islam sembahyang sangat di ambil prihatin.....
apabila baik sembahyangnya, segala-galanya akan menjadi baik...
jika sembahyangnya sudah dicuaikan atau sembahyang tidak ada penghayatan, maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup....
kalau ada juga orang boleh buat kebaikan tanpa sembahyang, ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman, boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan....

- wallahhualam -



Selasa, 7 Ogos 2012

~ MENGAPA PERLU DENGKI ?????


 Salam 18 Ramadhan




Melihat kesenangan orang lain...
Melihat kebahagiaan orang lain...
Melihat orang naik pangkat...
Melihat perniagaan orang maju.....
^
^
^
^.
Mulalah timbul perasaan dengki...
Dalam hati si pendengki sebenrnya ada rasa tidak senang melihat KELEBIHAN yang dimiliki oleh orang lain..
Lepas tu mulalah timbul perasaan BENCI dan cuba MENJATUHKAN orang tersebut...
Apabila perasaan dengki terbit dalam HATI..
INGATLAH akan perkara berikut:
1.Orang yg kita dengki akan peroleh pahala drpada perasaan benci kita.
2. Berhasad dengki sama sprti menentang Allah.Sudah tentu kita tidak mahu jadi manusia yg menentang Allah semata2 kerana perasaan negatif tersebut.
3.Hasad dengki mnghapuskan kebaikan.Bayangkan betapa amal kebaikan dan pahala kita terbakar begitu sahaja kerana hasad dengki tersebut.
4. Jiwa sntiasa terseksa. Pendengki akan selalu rasa tidak puas hati dgn diri sdiri dan orang lain. Hatinya tidak tenteram kerana selalu memikirkan cara utk menjatuhkan orang lain.Sudah pasti kita tidak mahu jiwa kita terseksa seperti itu...!!!
5.Hasad dengki tetap tidak akan mnghapuskan nikmat orang lain.Hakikatnya kita terlupa, jika nikmat orang lain hilang, bukan kerana kita tetapi disebabkan Allah mahu mngujinya. Oleh itu apa faedhnya kita berhasad dengki dgn orang...

{sumber} 

nota tangan ~ jauhilah dari perasaaan hasad dengki dari menguasai diri...pesanan untuk diri sendiri dan juga untuk kawan2 ku semua....:)



Isnin, 6 Ogos 2012

♥ JANGAN MENGELUH ♥



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”winking sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

– Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “

– Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”

– Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

– Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?

– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “

– Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

– Surah Yusuf ayat 12




Selasa, 3 April 2012

~ MANUSIA YANG SUKA BANGGA DIRI...ADALAH MANUSIA YANG BERPENYAKIT UJUB.

Assalamualaikum

 salam di pagi selasa...


sekadar gambaq utk di mengertikan



~ sekadar untuk berkongsi ilmu~



Kagum dengan diri sendiri (U’jub)

Antara penyakit yang menimpa orang-orang yang dikurniakan kelebihan oleh Allah ialah Ujub. Kadang-kadang kelebihan itu tidaklah seberapa mana, tapi kalau ada penyakit dalam hati, timbullah ujub. Moga Allah pelihara kita…


Definisi
Ujub bermaksud gembira atau seronok terhadap diri sendiri, kata-kata atau perbuatan diri sendiri, tanpa melampaui kepada orang lain. Tidak kira sama ada kata-kata dan perbuatan itu baik atau buruk. Seperti orang yang rasa bangga diri dengan ilmu yang dimilikinya.

Jika melampaui orang lain dengan menghina atau memperlekeh tindakan mereka, maka itu dipanggil ghurur atau terlampau takjub. Seperti seronok dengan ilmu yang dimiliki dan dalam masa yang sama memperlekehkan ilmu orang lain.

Adapun jika keseronokan tadi sampai memperlekehkan ilmu dan peribadi orang lain serta mengangkat diri, maka dipanggil takabbur.

Ujub bukan sahaja terhasil lantaran kehebatan diri sendiri, tetapi boleh juga terjadi bila dikaitkan dengan kelompok yang dianggotai. Menurut imam Al-Ghazali, ujub ertinya merasa bangga pada diri sendiri, merasa hairan dengan sebab adanya sesuatu. Diri sendiri yang dimaksudkan ialah sama ada mengenai peribadinya, golongannya, kumpulannya atau apa sahaja yang dianggap erat hubungannya dengan dirinya sendiri itu.

Punca
Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran menyebabkan ujub berlaku. Antaranya ialah berpada dengan nikmat, sehingga melupakan pemberi nikmat iaitu Allah Taala. Pujian, penghormatan dan kepatuhan yang diberikan secara berlebih-lebihan juga menyumbang kepada ujub. Lantaran itu Islam mengingatkan umatnya supaya meraikan adab ketika memuji dan menghormati orang lain, kerana dibimbangi membawa kepada ujub.

Lalai dari hakikat kejadian manusia yang berasal dari air mani, didikan dari keluarga yang selalu memuji anaknya, berasal dari keturunan yang baik-baik dan berkawan dengan orang yang bersifat ujub turut menyumbang kepada ujub. Adapun bagi para pendakwah atau aktivis masyarakat, jika tampil di medan sebelum jiwanya bersedia atau tarbiahnya matang boleh mengakibatkan terjebak dalam fitnah ujub. Pastinya individu yang jahil tentang akibat ujub lebih mudah terperangkap.

Implikasi Ujub Ke Atas Individu
Antara keburukan ujub ke atas orang perseorangan ialah mudah terjebak dalam ghurur, bahkan mungkin kepada takabbur. Orang ini juga terhalang dari mendapat taufiq ilahi dan mudah kecundang bila berhadapan dengan saat-saat getir atau fitnah seterusnya dibenci oleh orang lain. Apa yang pasti, setiap sifat mazmumah akan mendapat balasan Allah di dunia maupun akhirat kelak.

Implikasi Ujub Kepada Amal Islami
Adapun keasan ujub kepada organisasi dan amal Islami ialah ia mudah dibolosi dan dihentam oleh musuh dari luar dan dalam. Atau menjadi mandul dan tidak mendatangkan hasil kecuali selepas beban dan masa yang panjang. Juga, proses pengumpulan ahli akan terhenti atau lambat hasilnya lantaran mad’u lari dari pendakwah yang takjub dengan diri sendiri.

Tanda-tanda Ujub
Secara kasar, orang yang berpenyakit ujub ini boleh dikesan. Selalunya dia lebih suka suka memuji diri sendiri, susah menerima atau mendengar nasihat. Termasuk juga suka mendengar aib orang lain, terutama rakan sendiri.

Cara-cara Mengubati Ujub
Setiap penyakit ada ubatnya. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah sentiasa menginsafi hakikat kejadian manusia yang berasal dari tanah dan berkembang dari air mani yang hina. Sentiasa menginsafi hakikat dunia yang sementara berbanding akhirat yang kekal dan perbanyakkan mengingati nikmat-nikmat Allah kepada manusia.

Islam menganjurkan umatnya menziarahi orang sakit dan mengikuti jenazah serta mengingati kematian. Cara ini boleh meleburkan sifat ujub seseorang. Lebih-lebih lagi jika kita turut sama memandi, mengkafan dan memasukkan jenazah ke dalam kuburnya.

Melazimi al-Quran dan as-Sunnah, menghadiri majlis ilmu terutama yang menyentuh kecacatan hati dan cara mengatasinya turut memberi kesan yang ketara. Akhirnya, jangan lupa memohon bantuan daripada Allah…
Wallahu a’lam.


Sumber:
1. Afat a’la at-tariq (Dr. As-Saiyid Muhamad nuh)
2. Maui’zatu al-mukminin (Imam Ghazali)

nota tangan ~ Ya Allah Ya Tuhan ku...ku mohon dari Mu...jauhkanlah aku dari sifat2 Ujub sebegini....hindarilah diri ku dari segala perbuatan2 yang kufur dan munafik....Amin

semoga anak2 yang ku lahirkan ini dijauhi dari sifat2 UJUB ini...kerana sifat2 ini boleh terbawa2 ke alam dewasa jika ia tidak di hindari dari zaman kanak2 lagi...

wallahu a'lam...



Ahad, 28 Mac 2010

Doa Untuk Sahabat Ku...

Assalamualaikum...
Doa ku untuk mu...
dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..



Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....
Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dslam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah ...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

Isnin, 8 Februari 2010

Doa menolak gangguan syaitan

"Aku berselindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mangetahui, daripada gangguan syaitan yang terkutuk, tipuan, bisikan dan godaannya".

Doa menghindarkan diri daripada perangai dan nafsu jahat

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu."

Doa mendapat hidayah berkekalan daripada Allah s.w.t

"Ya Allah, jangan Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri

"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan sukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan.: (Surah al-Imran ayat 200)

Ahad, 24 Januari 2010

Doa dapat anak berakhlak mulia dan hormati ibu bapa

"Wahai Tuhanku, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerah Engkau, yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Engkau sukai dan perbaikilah keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri." (Surah Al-Ahqaf ayat 15).

Wirid Mendapat Anak

"Wahai Tuhanku Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Maha Membentuk."(Ya Kholiq, Ya Baari, Ya Musawwir)

Bagi perempuan yang lama berhasrat memiliki anak maka bolehlah menyebut nama Allah (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.