HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Khamis, 4 Oktober 2012

♥ SUGARPOT 5 ROSES ♥


 per habaq u olssss?????
cps agak kebizian sejak dua menjak ni....bizi disebabkan tugas hakiki kat ofis...
dan juga bizi dok manage nak bukak kedai baru cps....hahaha...tungguuu...:P

hari ni just nak share si lentik sugarpot 5 roses yang cun....
hasil hunting cps di alam maya....kikiki....bukan hunting kat kedai apek yer....hi
tapi harga memang sangat berbaloi....harganya lebih murah lagi dari 1 set cawan mulut jahat....berbaloii kan....alhamdulillah dapat seketui nih pun jadi lah dulu....☺ sementara nak dapat yang full set....verangann di petang2 hari....hihi



sekarang si lentik ni dok menumpang dulu dengan ibu debabnya.....harap2 datang lah juga si ibu kandungnya yer....kalo tak datang juga nampaknya dok ngan ibu tiri lah si lentik ni....hihi....pasangannya si creamer jar tak jumpa gak lagi....tapi dengar citer dok umah mek t cikgu CT Klang.....hahahaha...cikgu ct...kalo dah tak mau pos ke langkawi lah yer....:P...(jangan marah yer mek t...mek sya gurau jah)

ok lah olsss.....tercapai gak cps nak n3kan untuk hari ni....untuk mengelakkan blog kesayangan cps sunyi sepi di buai mimpi....nanti cps n3 kan lagi....jangan segan2 datang blog cps....walaupun n3 banyak berkaitan dengan hobi antik cps....insyaallah cps akan mencuba pelbagaikan entry2 lain....mungkin juga berkaitan kecantikan lepas ni....hihi...hukkk alohhh...:P


 *____________-



Isnin, 1 Oktober 2012

TEKO KOTAK TWIN ROSE UNTUK DI LETGO

.

hari ni cps nak letgo koleksi peribadi teko kotak twin rose...
condition memuaskan seperti yang dilihat...
kepada kawan2 yang ingin lengkapkan koleksi....boleh terjah ke blogshop antik cps...sila klik {DISINI}



bye.... *________*



Ahad, 30 September 2012

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWORKING


hari ni cps nak join segmen blogworking dari E'Raz Fadli....sempena adanya anjuran dari E'Raz ni....semoga ukhwah di antara blogger2 lebih terjalin...☺

 

jom ramai2 kita join...segmen ini akan tamat pada 1 Oktober 2012 jam 8.00 pagi...☺

*______________^


Selasa, 25 September 2012

♥ KOLEKSI ANTIK CABBAGE ROSES ♥


hari ni sekejap hujan....sekejap panas....
sama juga dengan tuan tanah ni pun....sekejap cool...sekejap hot...hihi
bukan apa...tadi masa on9 fb jap tengok kanak2 kena dera....pastu masa bw kat blog plak tengok kes penganiyaan wanita....lagi cps tak suka....memang tak mau tengok....tp nak baca dan amik tahu....ishh2 cam ner lak tu yerk....dunia sekarang...macam2 kan

ok lah berbalik pada tajuk....cps nak kongsikan koleksi cabbage roses atau bunga kobis ni....amat cantik pada pandangan cps....bunganya agak unik juga kan....antara yang susah nak dapat...apa yang susah nak dapat ialah teko aladinnya....jenis siku atau pun jenis teko2 rare....sugarpot dan creamer jar apatah lagi kan....cawan2 mulut lahabau pun agak susah juga nak dapat....tapi kalo bulat macam cps tu....banyak lagi sekarang....sesiapa boleh dapat...janji cepat tangkap...hihi


koleksi nan seciput....bagi cps ok lah dulu untuk permulaan....ekceli koleksi cabbage roses ni cps baru jer nak mula kolek....dulu tengok2 aja kalo orang jual.....sekarang cps hanya ada 5 biji pinggan, 1 biji teko bulat dan 3 pasang cawan ala2 mulut lahabau tu...☺


si bolattt yang cun


3 biji cawan yang cun....agak susah mau dapat kan....seller pun jarang yang jual cawan2 ML ni...kira nasib jer lah kalo jumpa nanti....harap2 jumpa lah yer walaupun lambat pun...☺

cps mengidam kan teko aladin dan teko sikunya.....di manakah ia agaknya yerr....??? tapi tak per lah...kalo rezeki adalah tu nanti....tak dapat yang di sebut kat atas tu....dapat yang kotak pun jadi lah...☺

nota tangan ~ lani tetiba terasa baru nak kolek bunga kangkung secara serius....hihihi...sebab dah penat kejar roses kot....winkwinkwink....*________*


KOLEKTOR ANTIK @ MAJALAH HARMONI



 ekceli dapat tau last week lagi kawan sehobi dan juga otai PML iaitu kak gee masuk dalam majalah harmoni keluaran 15-30 September 2012...
hari ni baru sempat p beli....teruja nak tengok koleksi kak gee yang dapat masuk majalah harmoni tu...☺
 koleksi kak gee memang banyak dan semua yang meletoppp2.....sesiapa yang belum dapatkan lagi....boleh dapatkan di pasaran...ewah2...terpromote plak yer....kikiki....bukan apa...mungkin sesetengah di antara kita yang tak tahu nilai pinggan mangkuk lama ni....haaa kat dalam majalah ni ada infonya...☺

pinggan mangkuk lama ni pun dah susah nak dapat sekarang....kalo ada pun mungkin tak cukup set dan juga ada yang sompek atau retakkan....alahai tak sabar plak nak balik kg...nak hunting kat kedai apekkk...hihi....nak ke loken mungkin dah susah....mau kena pujuk kasi baik punya sama itu cik abang....adoiiii...fenatttt mak neng nak pujuk nih...☺

okeylah u olsss....bye2....♥


 ^____________^


Isnin, 24 September 2012

CACING DARI MULUT BUDAK TERBIAR


BUDAK 8 TAHUN TINGGAL DI HUTAN TERPENCIL DI BAWA KE RUMAH ANAK YATIM


  cps terpanggil nak n3 kan pasal kes budak ni.....ntah lah rasa kesian sangat....story pasal budak ni pada harian metro sabtu 22 september 2012....di bawah cerita apa yang telah di paparkan di metro...

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PASIR PUTEH: “Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan.
“Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga,” kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, dekat sini.

Mat Piah menceritakan pengalamannya membawa pulang seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang dikatakan langsung tidak mengenali dunia luar apabila menetap di kawasan hutan terpencil di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas, dua bulan lalu.

Budak lelaki itu, Muhammad Nasir Mahmood dikatakan lebih gemar memakan buah-buahan hutan seperti langsat dan salak di kawasan rumah selain minat bergayut pada dahan pokok kecil serta mandi dalam kubang berlumpur yang digunakan kerbau.

Menurut Mat Piah, keperitan hidup Muhammad Nasir berpunca daripada keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama lebih banyak bermain bersendirian selepas ibunya, Roseyatimah Shafiei, 38, mengalami masalah mental.

Katanya, bapa Muhammad Nasir, Mahmood Sulong, 74, meninggal dunia, tiga tahun lalu akibat sakit tua menyebabkan keluarga itu terus dihimpit kemiskinan apabila kehilangan tempat bergantung.

“Muhammad Nasir mempunyai dua abang dan seorang kakak. Bapa Roseyatimah dikenali sebagai Pak Chu, berusia lingkungan 80-an yang tinggal berhampiran rumah mereka menjadi tempat bergantung walaupun warga emas itu turut hidup serba kekurangan.

“Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apabila makan nasi sekali sehari selain terpaksa berkongsi dua ikan selar sebesar dua jari dewasa. Disebabkan terlalu leka bermain, Muhammad Nasir dikatakan sering terlepas makan bersama keluarganya menyebabkannya memakan buah-buahan hutan,” katanya ketika ditemui di Markaz Al-Aitam, baru-baru ini.
Mat Piah berkata, kasihan melihat keadaan Muhammad Nasir selain tidak mahu cucunya itu terus terbiar, Pak Chu terpaksa meminta bantuan saudaranya supaya kanak-kanak itu dihantar ke Markaz Al-Aitam untuk dijaga.

“Selepas dimaklumkan saudara Pak Chu, saya ditugaskan menjemput Muhammad Nasir di rumahnya. Saya bersama seorang rakan terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk tiba di rumah Muhammad Nasir kerana tidak boleh dimasuki kenderaan.

“Saya tidak sanggup melihat penderitaan Muhammad Nasir dan keluarganya yang tinggal di bangsal buruk hampir runtuh selain keadaan persekitaran kurang menyenangkan dipenuhi lalat, langau serta kotor. Malah, Muhammad Nasir turut bertelanjang ketika kami tiba di rumahnya dan paling memeranjatkan, kanak-kanak itu sedang mengutip sesuatu dalam pasir sebelum memakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas dua bulan tinggal di sini, perubahan diri Muhammad Nasir semakin ketara apabila boleh membaca secara perlahan walaupun terpaksa makan secara berasingan kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan rakan lain.

sumber : HMetro


  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

budak ni asalnya dok Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas..(kg kawan cps ni..hihihi)....rasa-rasanya kampung ni agak kedalam dan jauh dari jalan besar....rasa kesian plak....cps dok pikir masih ada lagi kes tercicir macam ni....biasanya dok kat kampung-kampung macam ni orang yang berhak ambik tahu ialah ketua kampung....kita jangan salahkan kerajaan negeri pulak sebab masih ada kes yang macam ni....bagi cps peranan utama ialah ketua kampung....ketua kampunglah yang akan amik tau dulu....dan mungkin bantuan boleh di minta dr JKM atau pun di bantu siapa saja....kadang2 orang macam ni dia tak tau nak minta bantuan kat mana....lagi pun atoknya pun dah tua...mak pulak sakit mental....ayah dah meninggal....memang sangat terkejut bila cacing boleh keluar mcm tu jer dari mulut.....lani dah tahun 2012....kalo tahun 80-an atau 90-an tu mungkin la kan....kesian sangat...

Alhamdulillah....budak ni pun dah dok di rumah anak yatim....tp adik beradik dia yang lain cam na plak erk....masih tinggal di pondok atoknya kah???? moga2 adik beradik ini di bantu dan di beri makan pakai yang mencukupi dan di beri pendidikan yang baik....kesian plak dah jauh ketinggalan dari budak2 lain dek di himpit kemiskinan...

sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kanak2 ini....amin 



SEMBAHYANG TITIK TOLAK SEGALANYA





Kebaikan seseorang hamba itu bermula daripada membaiki sembahyangnya....
dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya...
apabila sembahyang itu sempurna...lahirlah batinnya...khusyuk, khuduk, tadharruk dan faham apa yang di baca.....
selepas itu rahmat dan berkat daripada Alllah s.w.t pun mencurah-curah di anugerahkan kepadanya.....
Allah taala akan bersihkan jiwanya....
Allah s.w.t akan masukkan hidayah ke dalam hatinya.....
cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa, sabar, redha, tawakkal, pemaaf pun berbunga......
kelihatan pula kepada peribadinya...syariatnya sangat di jaga..
akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara, kerana itu betulkan sembahyang kita........
hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya...
janganlah kita anggap jiwa boleh di bersihkan tanpa sembahyang....
atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang...
sembahyang adalah satu ibadah...
sembahyang adalah sumber segala kebaikan....
di dalam islam sembahyang sangat di ambil prihatin.....
apabila baik sembahyangnya, segala-galanya akan menjadi baik...
jika sembahyangnya sudah dicuaikan atau sembahyang tidak ada penghayatan, maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup....
kalau ada juga orang boleh buat kebaikan tanpa sembahyang, ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman, boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan....

- wallahhualam -