HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Selasa, 7 Ogos 2012

~ 7 ORANG AHLI KELUARGA SENDIRI LANYAK KANAK2 HINGGA MATI




 BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.
“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

subhanallah itu lah ungkapan cps buat pertama kali....
kenapalah ada juga kes macam nih kan.....ingatkan orang cina di negara china ajer yang tak der otak buat perkara yang tak masuk akal....tapi ada juga orang cina kat negara malaysia nih buat perkara yang sangat2 teruk bagi cps.....ada juga keluarga yang percaya bender2 KARUT macam tu....memang terlalu ZALIM bagi cps....kesian kanak2 yang tak berdosa tu....baru 2 tahun lebih hidup di dunia ni....akhirnya mati di tangan keluarga sendiri yang tak berhati perut....


AL-KEBANGANGNYA KELUARGA TU....MEMANG SANGAT-SANGAT KEJAM



~ MENGAPA PERLU DENGKI ?????


 Salam 18 Ramadhan




Melihat kesenangan orang lain...
Melihat kebahagiaan orang lain...
Melihat orang naik pangkat...
Melihat perniagaan orang maju.....
^
^
^
^.
Mulalah timbul perasaan dengki...
Dalam hati si pendengki sebenrnya ada rasa tidak senang melihat KELEBIHAN yang dimiliki oleh orang lain..
Lepas tu mulalah timbul perasaan BENCI dan cuba MENJATUHKAN orang tersebut...
Apabila perasaan dengki terbit dalam HATI..
INGATLAH akan perkara berikut:
1.Orang yg kita dengki akan peroleh pahala drpada perasaan benci kita.
2. Berhasad dengki sama sprti menentang Allah.Sudah tentu kita tidak mahu jadi manusia yg menentang Allah semata2 kerana perasaan negatif tersebut.
3.Hasad dengki mnghapuskan kebaikan.Bayangkan betapa amal kebaikan dan pahala kita terbakar begitu sahaja kerana hasad dengki tersebut.
4. Jiwa sntiasa terseksa. Pendengki akan selalu rasa tidak puas hati dgn diri sdiri dan orang lain. Hatinya tidak tenteram kerana selalu memikirkan cara utk menjatuhkan orang lain.Sudah pasti kita tidak mahu jiwa kita terseksa seperti itu...!!!
5.Hasad dengki tetap tidak akan mnghapuskan nikmat orang lain.Hakikatnya kita terlupa, jika nikmat orang lain hilang, bukan kerana kita tetapi disebabkan Allah mahu mngujinya. Oleh itu apa faedhnya kita berhasad dengki dgn orang...

{sumber} 

nota tangan ~ jauhilah dari perasaaan hasad dengki dari menguasai diri...pesanan untuk diri sendiri dan juga untuk kawan2 ku semua....:)



Isnin, 6 Ogos 2012

♥ JANGAN MENGELUH ♥



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”winking sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

– Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “

– Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”

– Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

– Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?

– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “

– Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

– Surah Yusuf ayat 12




♥ ANTARA PENGORBANAN DAN IMPIAN ♥


sembang kosong.....☺
cps rasa semua orang ada impian masing2 kan....
walaupun setiap impian yang di impikan itu terlaksana atau tidak...tp mesti setiap orang ada impian...

alhamdulillah cps bahagia dengan kehidupan cps sekarang....bersama2 suami dan di temani 2 orang puteri....☺ sekarang umur cps dah pun masuk 30 tahun....cps ada perancangan sendiri untuk masa depan cps....tapi kadang2 buntu juga sebab impian yang cps ingin itu akan menjadi satu pengorbanan besar nanti..

maksud cps...lani cps ingin ada rumah sendiri....kalo boleh nak beli/bina kat kampung halaman cps....

tapi jika cps pindah balik kampung halaman nanti....tidak semestinya cik somi cps akan sentiasa berada bersama cps dan anak2....sebab keje dia 5/6 tahun sekali akan kena pindah....huhu




kalo boleh cps tak mau anak2 berjauhan dengan papa nya....kalo boleh cps nak dia sentiasa di sisi anak2 dan cps....mungkin situasi ini berlaku sebab faktor kerja cik somi cps....kalo kerja cps rasanya boleh statik ajer di mana2 negeri...sampai lah cps pencen...kecuali cps naik pangkat jadi executive....huhuhu...mungkin peluang kena transfer tu ada....

kalo ikutkan....pencen nanti ler baru lah kami boleh balik bina rumah sendiri kat kg halaman kan....huhu..tak dapatlah merasa duduk rumah sendiri di waktu muda2 ni....agak beruntung bagi cps sesiapa yang dah duduk rumah sendiri dalam seusia cps ni....dah boleh create macam2 mengikut impian masing2 kan



impian cps tidaklah terlalu besar....cukuplah sebuah rumah kecil sesuai untuk 4 orang kami....kalo dulu memang inginkan rumah yang besar2....ala2 tauke kosmetik gitu...hihihi....tapi itu mungkin angan2 cps masa umur awal 20-an....tapi ntah la rezeki yang dapat Allah s.w.t yang tentukan....kita hambanya kena terima aja lah dengan redha....

teringin nak ada rumah sendiri....leh laksanakan impian nak buat ala2 english cottage tu....hihi..boleh gituw....!!!!

kalo ikutkan mak cps memang dia tak kasi cps beli rumah lain selain suh bina rumah di tapak rumah pusaka arwah ayah tu.....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......panjang sikit tapii tu sebab cps kurang gemar tinggal berdekatan dengan adik beradik cps....boleh gitu????? iya boleh sebab kadang2 banyak masalah kalo umur dah semua meningkat ni....yang ok ok lah kan....yang tak ok pun ada....tapi yang untungnya kalo duk berdekatan dengan adik2 beradik ni time susah senang mereka ada....itu lah kan...adik beradik ni mcam air....kalo di cincang tak kan putus perhubungan tu....


hmmm apa pendapat kawan2 yerkkk????

 

Ahad, 5 Ogos 2012

~ ROSE HITAM


♥ HITAM2 SI TAMPUK MANGGIS...
LAMA DI PANDANG SEMAKIN MANIS ♥

  Syukur alhamdulillah dah masuk 16 Ramadhan kita berpuasa...
alhamdulillah dari awal berpuasa hingga ke hari ni CPS belum merasa lagi sakit perut aka gastrik bila time berbuka....kalo dulu makan jer sikit terus sakit urat perut ni....kena bertahan sat baru boleh sambung balik....alhamdulillah tahun ni masih lagi tak berlaku....terima kasih pada Mu Ya Allah...:)

masih lagi nak bern3 kan antik....koleksi pinggan mangkuk lama ROSE HITAM
koleksi CPS yang agak lambat nak membiak....
lambat tu bukan sebab apa....sebab CPS kurang letak baja....
baja banyak dok perabih kat rose merah jer....hihi


antara koleksi rose hitam CPS setakat ini....dan rasanya dah cukup kott...cuma sugar pot & creamer jer belum ada lagi....tp yang tu biarlah...tidak terlalu mendesakkk....kalo ada jodoh dengan sugar pot & creamer CPS anggap itu satu bonus untuk CPS..:)


aladin rose hitam....kondisi yang mantopp...pernah CPS n3kan dahulu 


teko siku yang menawan....ada sedikit kehijauan....kondisi yang marbelessss....


si tinggi lampai yang cun....kondisi yang tip top macam model gitueww....


anak2 yang baru dapat....memang cantik dan berkilat u....
alhamdulilllah dapat juga cawan ML rose hitam ni....di beli di sini...
itu hari pernah dok survey2 di tanah jawa.....tp harganya mak aii memang meletoppp....harga barang memang lebih kurang di malaya....tapi harga pos...memang tercekikkkk CPS dengar....itu lah orang cakap jangan terburu2 kan...mungkin yang lambat dapat itu yang lebih baik...tak gituww????...tapi bagi CPS ada baik dan ada buruknya juga....:)

akhirnya CPS dapat tawan ML rose hitam dengan seller yang baik hati....2 kali call CPS tanya kondisi parcel....mungkin beliau takut pocahhh....:)

apa yang paling CPS suka sebab harga memang sangatlah berbaloi dari seller2 yang lain....kalo tak mana dah nak dapat harga yang seller ni jual pada zaman lani....syukur alhamdulillah...murah rezeki dik nonn..:)


 nota tangan ~ alhamdulillah syukur apa yang ada lani...x sikit x banyak....cukup lah setakat yang termampu...yang mana x mampu kita tengok ajer lah yerk....☺



Khamis, 2 Ogos 2012

~ KEZALIMAN IBU BAPA SENDIRI


Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.


Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.

“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.
doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini. {{SUMBER}



subhanallah....itu saja yang mampu cps ucapkan....
memang sedih pun ada...rasa nak marah pun ada....
kesian sungguh kat budak ni....apalah salahnya....dia tak minta pun lahir kedunia ni...

anugerah allah ni harus lah dijaga dengan sebaik-baiknya....
hati apa la mak pak budak ni....anak sendiri mereka jadikan macam ni....
kalo bukan anak sah taraf pun janganlah buat macam ni sekali...kesian budak ni tak berdosa....dia tak tau apa2 pun....anak kita yang jatuh sikit pun dah sakit2...apatah lagi kene dera macam ni....
tengoklah tu....macam kena cucuh putung rokok.....banyak darah yang keluar....

ramai lagi diantara kita yang mahukan anak tapi tak dapat rezeki lagi.....yang dapat rezeki dari allah ni tak bersyukur plak kan....kalo lah tak sudi bela bagilah kat orang atau letak kat JKM.....jangan lah buat macam ni kan....

budak ni telah di sahkan meninggal dunia.....semoga SYURGA lah tempatnya nanti....kepada mak paknya atau orang yang menganiaya budak ni....harap2 mendapat balasan yang setimpal....tak dapat cash di dunia dapat di akhirat nanti....



Rabu, 1 Ogos 2012

~ TABUNG BANTUAN ALIA HARYANIE




Allah maha mendengar lagi maha mengetahui....segala yang tersirat dan tersurat ada hikmah di sebaliknya...kita sebagai umat-Nya kena redha atas segala ketentuan Allah..

marilah kita sama2 membantu Alia Haryanie....ternyata sumbangan ikhlas anda semua sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau....

sebak rasa di hati bila CPS baca blog ALIA HARYANIE seorang yang sangat tabah....seorang ibu tunggal...masih muda...orangnya cantik manis dari negeri sama ngan CPS....CPS doakan Alia Haryanie kembali sembuh seperti dulu...amin ya robbal a'lamin

bila dapat tau story macam ni CPS terus muhasabah diri....hanya perasaan kesian menyelubungi diri....bilamana beliau seorang ibu tunggal tanpa orang tersayang disisi...sedihkan....masa ni lah kita perlukan belaian dan sokongan dari suami terchinta....

nota tangan ~ semoga doa2 dan sumbangan untuk Alia Haryanie memberi sinar bahagia di bulan ramadhan ini....semoga Alia Haryanie pulih seperti sedia kala hendaknya...:)