HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Khamis, 2 Ogos 2012

~ KEZALIMAN IBU BAPA SENDIRI


Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.


Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.

“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.
doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini. {{SUMBER}



subhanallah....itu saja yang mampu cps ucapkan....
memang sedih pun ada...rasa nak marah pun ada....
kesian sungguh kat budak ni....apalah salahnya....dia tak minta pun lahir kedunia ni...

anugerah allah ni harus lah dijaga dengan sebaik-baiknya....
hati apa la mak pak budak ni....anak sendiri mereka jadikan macam ni....
kalo bukan anak sah taraf pun janganlah buat macam ni sekali...kesian budak ni tak berdosa....dia tak tau apa2 pun....anak kita yang jatuh sikit pun dah sakit2...apatah lagi kene dera macam ni....
tengoklah tu....macam kena cucuh putung rokok.....banyak darah yang keluar....

ramai lagi diantara kita yang mahukan anak tapi tak dapat rezeki lagi.....yang dapat rezeki dari allah ni tak bersyukur plak kan....kalo lah tak sudi bela bagilah kat orang atau letak kat JKM.....jangan lah buat macam ni kan....

budak ni telah di sahkan meninggal dunia.....semoga SYURGA lah tempatnya nanti....kepada mak paknya atau orang yang menganiaya budak ni....harap2 mendapat balasan yang setimpal....tak dapat cash di dunia dapat di akhirat nanti....



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sanggupnya :'(

Unknown berkata...

sangat2 kesian kan zoey...hukhuk