HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Isnin, 13 Ogos 2012

♥ BIRTHDAY PRESENT FROM MY HUBBY ♥


 

Alhamdulillah....tq my hubby kasi fuluss untuk mama beli tudung gojes FAREEDA NYATA JELITA ni....☺

hahahaha...kasi fulus yer bukan hubby yang order beli....kalo my hubby yang order mak neng tak tau lah yerpppp....mau berpinauu bijik mata hubby...

ekceli dah lama nak kaler ni....dah booked for 3 weeks...cps antara pemboking yang ke 70 lebih diantara 100 orang lebih....mak aii memang ramai giler peminat fareeda nih yerkk...tapi cps tak lah gilerrr sampai tak leh tido....hihi

alhamdulillah ada rejeki dari kak linda penang....ada rejeki juga dari hubby...nanti tahun depan nak yang lain plak yer bang....kikiki

 lani dah tak der istilah kami beli barang kasi surprise....semuanya kasi fulusss...pastu belilah apa yang idaman hati masing2...kalo nak yang idaman hati yang kebabomm pandai2 lah top up sendirik...hihi...time birthday hubby hr tu pun cps kasi fuluss gak...hmmm handphone baru lah dierr....bukan cps cover semua yerk...kasi yang setakat yang termampu ajer...yang lain sendirik punya top up lerr....☺

apa pun thanks to my hubby....SAYANG U KETAT2...MUAAHHHH.....♥♥♥
 


Ahad, 12 Ogos 2012

~ KUEH RAYA LAH KATAKAN YERPPP !!!!


♥ SALAM 23 RAMADHAN ♥ 

kueh raya dah ada...
moh la kira beraya....hihi
cps ada kueh raya tunjuk2 ajer.....bukan tak der masa nak bergentel kueh raya....
sebenarnya tak pandai nak gentel....tak pernah nak praktik kan....
lagi satu segala mak nenek yang nak adun atau nak bakar kueh raya pun x der kat umah cps ni...tunggu lah yerk kita beli peralatan tu nanti....kiki

ini ler sebahagian yang ada....dapat 7 jenis kueh raya


bsikut mama carry....order ngan kawan cps.....kakak dia buat sedappp


biskut suji salju....


biskut nestum.....yang ni beli kat pasaraya billion jer


biskut snow chocolate


biskut oat & cheese


biskut blueberry tart....yang ni paling best bagi cps....order ngan orang yang sama...sedappp


biskut kacang mazola....biliion mari gak....yang sticker kaler ijauu tu semua made in billion

 rasanya cukuplah yerk biskut raya nih....kang tak abis nak makan plak....beraya kat sini bukan macam beraya kat kampung halaman kan.....semua orang balik kampung....huwaaa

dok planning nak buat mee udang dengan rendang daging cicah dengan lemang....hahaha semua ni ekceli tak penah buat....macam terrer jer cps ni....hmmm kena p skodeng cara2 nak buat kat blog masakan dulu nih....baru bleh buat sendiri....hihihi....ntah2 jadi ke tidak pun tak tau lah....☺

 ok uollsss permisi dulu....


Sabtu, 11 Ogos 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KU



10 OGOS 1982




Alhamdulillah syukur pada Mu Ya-Allah kerana masih lagi panjangkan usia ku untuk ku teruskan hidup di dunia ini....:)


n3 terlewat dari tuan tanah.....almaklumlah kalo hari cuti dok rumah memang tak sempat nak buat n3....malam tadi nak gagahkan juga tapi terpeleottt juga....hihi....x pa la kot kan n3 terlewat 1 day jer....:)

alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas rezeki yang di berikan kepada ku, anak2 ku, suami ku dan keluarga ku.....ku panjatkan tanda syukur pada mu Ya Allah....dan semoga aku di lahirkan dalam golongan yang taat pada mu Ya Allah....

tidak ada apa yang nak di minta.....cuma berharap aku di panjangkan usia, di murahkan rezeki yang halal, dapat membimbing anak2 ku menjadi anak2 yang solehah, dan dapat membahagiakan suami ku yang amat ku sayangi.....:)

usia dah menginjak ke 30 tahun.....30 tahun sudah berlalu....berapa tahun kah lagi yang masih ada????

hanya Allah s.w.t yang bisa tahu.....kita sebagai umatnya hanya mampu teruskan hidup dan yang pasti jangan alpa sebagai hambanya....


nota tangan ~ trima kasih teman2 fb yang sudi wish birthday sya....:)



Rabu, 8 Ogos 2012

♥ SALAM 19 RAMADHAN ♥



kemboja cina di laman cps


hari ni genap 19 hari kita berpuasa....
esok dah hari ke 20....lagi 10 hari plak kita nak raya
cps tak balik kampung.....hanya beraya di pulau lagenda ni....
sedihhhh woooo....

bukan tak mau balik kampung raya ni....
cik somi cakap dia dah lama tak balik beraya haji kat kampung....
so kitaorang pun plan balik raya haji jer lah nanti....
cik somi dah 5 tahun tak balik beraya haji kat kampung....cps dapatlah juga merasa 1 kali kalo tak silap masa bersalinkan danisya dulu....tahun2 lain tu kitaorang beraya haji kat langkawi jer....sebab raya puasa dah balik raya kat kelantan....raya haji di sini la....

bukan tak boleh balik dua2 raya....antaranya jarak yang jauh, kena naik ferry, kena pos keta bagai, lagi pun jarak hari raya puasa dengan haji tu bezanya sebulan jer kan....budget pun kena di ambil kira jugak....ini lah nasib orang dok pulau....hihi

persiapan raya tahun ni biasa2 ajer.....selalunya pun biasa2 juga....tak der yang grand2....cukup baju raya anak2, cps dan hubby, kueh raya serba sikit....itu pun dah cukup....x der tukar2 langsir atau beli2 apa peralatan rumah....cuma cps dok pikiaq lepas raya ni nak tukar cover cushion sofa cenonet kat umah tu....dah lama berhajat....tp dok berhajat jer lah....hajat dok lebih ke pml...hihi....x sabau nak deco balik umah tu....orang deco sebelum raya....kita deco lepas raya....x per lah umah sewa pun kan....janji bila kita balik umah hati kita suka...☺

ok uollss yang lain2 kita citer kendian yerp....hari ni gembira tak terkara....pujaan hati sudah sampai di tanah mahsuri...syukurrrrr....apa pun tungguuuu...☺


nota tangan ~ layanzz keindahan kemboja cina yang mekar berbunga di laman cps....harap2 berbunga lama sikit....dapat menyerikan keindahan pondok cps tu sampai hari raya nanti....♥



Selasa, 7 Ogos 2012

~ 7 ORANG AHLI KELUARGA SENDIRI LANYAK KANAK2 HINGGA MATI




 BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.
“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

subhanallah itu lah ungkapan cps buat pertama kali....
kenapalah ada juga kes macam nih kan.....ingatkan orang cina di negara china ajer yang tak der otak buat perkara yang tak masuk akal....tapi ada juga orang cina kat negara malaysia nih buat perkara yang sangat2 teruk bagi cps.....ada juga keluarga yang percaya bender2 KARUT macam tu....memang terlalu ZALIM bagi cps....kesian kanak2 yang tak berdosa tu....baru 2 tahun lebih hidup di dunia ni....akhirnya mati di tangan keluarga sendiri yang tak berhati perut....


AL-KEBANGANGNYA KELUARGA TU....MEMANG SANGAT-SANGAT KEJAM



~ MENGAPA PERLU DENGKI ?????


 Salam 18 Ramadhan




Melihat kesenangan orang lain...
Melihat kebahagiaan orang lain...
Melihat orang naik pangkat...
Melihat perniagaan orang maju.....
^
^
^
^.
Mulalah timbul perasaan dengki...
Dalam hati si pendengki sebenrnya ada rasa tidak senang melihat KELEBIHAN yang dimiliki oleh orang lain..
Lepas tu mulalah timbul perasaan BENCI dan cuba MENJATUHKAN orang tersebut...
Apabila perasaan dengki terbit dalam HATI..
INGATLAH akan perkara berikut:
1.Orang yg kita dengki akan peroleh pahala drpada perasaan benci kita.
2. Berhasad dengki sama sprti menentang Allah.Sudah tentu kita tidak mahu jadi manusia yg menentang Allah semata2 kerana perasaan negatif tersebut.
3.Hasad dengki mnghapuskan kebaikan.Bayangkan betapa amal kebaikan dan pahala kita terbakar begitu sahaja kerana hasad dengki tersebut.
4. Jiwa sntiasa terseksa. Pendengki akan selalu rasa tidak puas hati dgn diri sdiri dan orang lain. Hatinya tidak tenteram kerana selalu memikirkan cara utk menjatuhkan orang lain.Sudah pasti kita tidak mahu jiwa kita terseksa seperti itu...!!!
5.Hasad dengki tetap tidak akan mnghapuskan nikmat orang lain.Hakikatnya kita terlupa, jika nikmat orang lain hilang, bukan kerana kita tetapi disebabkan Allah mahu mngujinya. Oleh itu apa faedhnya kita berhasad dengki dgn orang...

{sumber} 

nota tangan ~ jauhilah dari perasaaan hasad dengki dari menguasai diri...pesanan untuk diri sendiri dan juga untuk kawan2 ku semua....:)



Isnin, 6 Ogos 2012

♥ JANGAN MENGELUH ♥



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”winking sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

– Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “

– Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”

– Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

– Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?

– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “

– Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

– Surah Yusuf ayat 12