Walaupun CPS tidak sejelita/secomel/secantik macam gambar2 kat bawah ni tapi CPS terasa teruja plak nak n3 kan cerita pasir mas tempat lahir CPS dan tanah tumpah CPS yang terchinta....walaupun perkembangan dan pembangunan tidaklah sehebat kota bharu dan tanah merah...tapi CPS tetap suka bandar kecil CPS tu...
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya
sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan
mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan
jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap
sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda
terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan
jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
pic from google....suka sangat tengok pic neelofa...tanpa makeup tebal...memang teserlah kecomelannya kan
Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai
gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung
Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.
Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.
Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.
Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.
Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

bandar pasir mas....kat plaza tu lah tampat cps suka lepak2 dulu...hihi...bukan lepak2 x tentu pasal yerk...lepak2 kat kedai kakak cps..dulu lah
Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama
di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar
beberapa bulan kemudian.
“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.
Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.
Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.
Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.
Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Pasir Mas, Kelantan
~ creadit to MyMetro ~
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
dulu ada 2 citer.....ada citer sokmo CPS ni kan...hihi
cerita pertama dulu masa CPS keje kat kl....masa nak balik kampung....CPS amik cab dari vista angkasa kg kerinchi nak p ke stesen bus hentian putra...on the way kesana pakcik tu tanya adik orang mana???? CPS cakap la orang kelantan....dia tanya lagi...kelantan kat mana??? CPS cakap lah orang pasir mas....tiba dia cakap OWHHH PATUT LAHHH.....apa yang patut pun CPS tak tahu dan CPS tak nak panjangkan citer sebab CPS takut masa tu...pakcik tu lalu jalan yang CPS tak selalu lalu...dia lalu jalan short cut nak p ke hentian putra belakang kl central tu...lalu ikut rumah2 besau macam ada hutan2 sikit tu...hihihi...CPS banyak diam jer...sebab CPS takut...pakcik tu perasan kot CPS mcm takut...pastu dia cakap saya lalu sini sebab dekat....jalan shortcut jer...dekat....huhuhu...tp berpeluh gak lah CPS masa tu...
cerita kedua....kelakar sikit...CPS ni selalu ajak kawan2 CPS yang bukan orang kelantan mai jalan2 kat kelantan umah CPS kalo time CPS nak balik kg....ada ker salah sorang ni cakap 'AKU TAKUT LAH NAK P PASIR MAS....TAKUT KENA TEMBAKKK SEBAB DEKAT NGAN THAILAND' memang CPS masa tu gelak guling2 sebab ada ke patut dia cakap macam tu...CPS cakap la balik ' KO INGAT PASIR MAS DEKAT SANGAT KER NGAN RANTAU PANJANG....JAUH JUGAKK...PASTU MANA ADA ORANG TEMBAK MENEMBAK TAK TENTU PASAL NIH....KARUTT KOMEDIA JERK KO NIH...' yang belakang tu penambah perisa jerk...kuikuikui
itu lah di antara cerita CPS yang masih ingat sampai ke sekarang walaupun hakikatnya dah dekat 4 tahun CPS tinggalkan kota metropolitan kuala lumpur....kenangan bersama kawan2 masih terpahat dalam hati sanubari CPS...
nota tangan ~ Mek T....demo tak rasa bangga ker...hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan