HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Selasa, 30 Julai 2013

BEEF STEAK WIF BLACKPEPPER SAUCE_IFTAR 17 RAMADHAN


hai uolss..
kembali pada menu iftar...hiks
jumaat lepas cps nk try buat beef steak...dah lama nak buat tapi tak jadi2...
resepi asal dari my SIL dan ada juga cps google dalam tenet...

jumaat tu pagi2 cps dah ke pasar...asalnya nak cari daging batang pinang...bos cps lah bgtau kalo nak buat steak ni kena pakai daging tu sebab lembut...cps pun tak penah survey kat supermarket ada tak org jual daging beef steak yang dah siap...kalo di sebelah tanah besar ada kot...yang ni kat langkawi malas plak nk p terjah...pakai daging fresh lagi better kot...tp idoklah elok ketebalan bentuknya...janji sedap yer dak...

tengok balik ni huhu...terasa nak ngapp plak...hehe

okes cps citer resepinya kot2 ada yang nak...ekceli cps pun kena kerap buat ni supaya lagi sedap....ekceli ni pun dah sedap...sehingga cik abe cps menjilat jari ibu kaki...

bahan perap daging :-
7 keping (lebar 5 ") daging lembu
2 bawang merah (cincang halus)
1 bawang puteh (cincang halus)
1 sudu Steack Spice brand Mccormick 
1 sudu Mixed Herbs
1/2 serbuk cili 
gula + garam secukupnya
2 sudu olive oil
(cps perap + - 4 jam)

sos :-
lada hitam bland halus
kicap manis
kicap pekat abc
sos tiram
sos cili
gula melaka / nise
butter
gula + garam
1/2 sudu Mixed Herbs
 (masak hingga kuah pekat)

hidangan sampingan :-

kentang
6 biji ubi kentang
di rebus dengan kulit hingga masak
angkat dan toskan
buang kulit dan perap kentang dangan bahan2 >> Oregano+olive oil+serbuk cili
selepas di perap, balut kentang dengan aluminium foil dan panggang

sayur-sayuran :-
Broccoli
putik jagung
tomato mini
1 biji bawang merah (cincang dadu)
olive oil (minyak utk tumis)
1/2 sudu Mixed Herbs
sedikit perasa maggie

sayur menggunakan teknik “Blanch“ supaya sayur tak nampak layu...caranya ialah:-

* panaskan air dalam kuali / periuk biarkan mendidih
* setelah mendidih masukkan sayur2an tadi dalam 1 minit
* angkat dan toskan
* masukkan sayur2an tadi dalam bekas yang berisi ais (air sejuk)
(Kaedah  ini digunakan untuk mengekalkan warna & rasa pada sayur-sayuran)
 selepas itu bolehlah goreng sayur2an tadi...tumis pakai minyak olive oil, letak Mixed Herbs sikit dan sedikit perasa maggie.

 * french fries di panggang
* sosej di goreng

bila semua dah selesai...boleh di hidangkan....♥☺♥


cak...tuan tanah wif polka king today...happy Tuesday  ♥♥♥☺♥♥♥

 

Tiada ulasan: