HEARTBEAT

I'm Follow U...U Follow Me....

Selasa, 18 Disember 2012

♥ 26TH BIRTHDAY GIVEAWAY BY SHIDAR ♥


 hai uolss...
hari ni cps nak join satu GA dari Dunia Sebenar Shida, GA ni sempena birthday shida yang ke 26 tahun yang jatuh pada Jan 2013 ni....muda lagi cik shida ni sebenarnya....cps pun dah masuk 30 tahun....huwaaaaa...tp apa nak kesah kan...itu hanya nombor semata-mata.....boleh gitu...hihi....ok jom kita tengok apa syarat2nya..


 syarat2nya ialah :-

1) Korang mestilah jadi follower blog shida + like Fanpage + subcribes Facebook shida

    - Done

2) Buat entri bertajuk "26th Birthday Giveaway by ShidaR" dan letak banner diatas serta backlink kan ke entri ini.

    - Done

3) Buat ucapan hari lahir untuk shida seringkas yang mungkin mengikut kreativiti korang (bebas)
siap entri, komenkan ke entri ini (link entri saja ok)

    - Done

4) Lastly semua peserta email kepada shida : link entri + nama + alamat + no.tel ke email shida : admin@duniashida.com * sila baca NOTED
    - Done





cps ucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT SHIDA....semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki yang halal, sihat tubuh badan, di kurniakan pasangan dan keluarga yang sempurna dan bahagia serta menjadi blogger yang makin OHSEM...;)

jangan lupa yer...hadiah2 menarik menanti anda...

Tarikh Tutup : 31 December 2012 (18 - 31 dec 2012) *2minggu saja


Rabu, 12 Disember 2012

♥ FELINNA INCH LOSS LOTION & VITAMIN C ♥


♥ FELINNA : INCH LOSS LOTION ♥

 Krim pelangsingan badan yang TERHANGAT DI PASARAN masa kini....Fellina Inch Loss Lotion...bukan sahaja untuk badan...ia juga boleh di sapu di bahagian muka khususnya di bahagian dagu...:) 


Fellina Inch Loss Lotion berharuman persis minyak wangi memukau rasa, memiliki sensasi dingin (tidak terlalu hangat) dan mesra pengguna. Ia mampu membakar lemak-lemak berlebihan serta selulit di bahagian badan yang diingini seperti di perut, peha, pinggang, pinggul, lengan dan bawah dagu dengan sapuan mudah tanpa lekitan. InsyaAllah berat boleh turun sehingga 5 kg sebulan tanpa berdiet dan senaman yang meletihkan.

Sesetengah daripada kita mengalami perut buncit atau mengelebir selepas bersalin walaupun mempunyai bentuk badan yang kecil atau kurus...biasanya terjadi akibat cara pemakanan yang tidak terjaga dan yang selalunya meminum ais....jika sesiapa yang tergolong di kalangan seperti ini amat sesuai sekali menggunakan Fellina Inch Loss Lotion dengan hanya sapu di bahagian perut sahaja sebab di bahagian lain semestinya bentuk badan sudah cantik.  

♥ ia juga telah di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sebanyak 30 juzuk di Mahad Tahfiz  Bukit Mertajam Pulau Pinang...so jika anda telah menggunakannya jangan lupa jangan langkah sebab ia di bacakan ayat-ayat sudi Al-Quran. ♥



KEISTIMEWAAN LOTION INI IALAH :-

1) Ianya tidak terlalu panas, mempunyai wangian semulajadi dan tidak berbau seperti minyak angin, malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja.

2) Dirumuskan dari bahan-bahan yang selamat dan mendapat pengesahan dari kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Juga selamat bagi ibu mengandung dengan syarat tidak disapu pada perut dan bahagian belakang.

3) Bahan-bahan di dalam Inchloss Lotion merupakan rumusan yang bagus untuk kulit..melembutkan kulit, mengatasi masalah kulit kering, mengurangkan selulit dan membantu merawat tumit kaki merekah.

4)Produk ini dipasarkan di bawah syarikat pakar tentang herba - Miracle Herbs.

5) Pengasas InchLoss ialah Puan Felinna mencuba sendiri dan mendapat keputusan yang menakjubkan. Turun 5 kg hanya dalam masa sebulan.

6) Boleh disapu dimana-mana kawasan berlemak termasuk di bawah dagu. Puan Felinna sendiri berjaya mendapatkan semula dagu yang runcing dengan InchLoss Lotion ini. 


  Pengasas FELINNA yang the Boom.. sangat2 cantik dan comel

kata-kata pengasas Felinna Inchloss Lotion..

♥ "macam felinna sendiri baru bersalin ada baby 4 bulan and menyusu badan sepenuhnya. banyak produk yg felinna xbole ambik .. dulu ade try 1 brand terkenal ni..tapi bila menyusu ni kan perut lapar sangat2.. xbole control makan so still rugi beli mahal2.. bukan salah produk tapi salah sendiri..dari situ i buat research
until jumpa dis product dari company herbs terkemuka.. 1st i amik and try kat diri sendiri.. sebab x berani la kan nak labur modal puluh2 ribu kalau produk x best.. bila 1 bulan felinna pakai dengan rakusnya produk ni.. hahah rakus sebab i excited nak kurus ok.. i sapu setiap kali lepas makan sampai 1 hari berkali-kali sebab produk ni panas dia pon macam dingin dan baby x meragam walaupun tgh minum susu..so sebulan ja i turun 5kg hokey! plus wangi dia buat i x payah dah sembur gucci by flora kitee tu hhee.. so ini reason yg hebat kenapa anda2 wajar cuba..tanpa chemicals ianya merawat kulit dan bole digunakan untuk ibu mengandung dengan syarat jangan sapu kat perut and belakang pinggang je.." ♥

KEISTIMEWAAN2 FELINNA INCH LOCH LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN YANG TERHANGAT MASA KINI !!!

1) Di formulasikan dari bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk semua termasuk wanita hamil dengan ( syarat JANGAN sapu pada perut dan belakang pinggang)...untuk ibu menyusu atau mereka yang ada gastrik.

2) Sesiapa yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.

3) Selain menghilangkan lemak-lemak berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.

4) Ia boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)


CARA-CARA GUNA :- 

1) Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang memerlukan sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut lawan jam) beberapa kali atau sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.

2) Sapu 2x sehari, sebaiknya selepas mandi dan juga malam sebelum tidur.

3) Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (ibu dalam pantang juga boleh mengamalkannya)



**********************************************************************
 
 
 ♥ VITAMIN C PLUS PURE COLLAGEN ♥

NEW & HOTS


 Selepas sambutan hangat diterima untuk produk krim pelangsingan badan, kini Felinna Beauty mengorak langkah mengeluar dan memasarkan produk supplement yang bakal mencetus fenomena baru terutama bagi mereka yang aktif dan sibuk namun dalam masa yang sama turut mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit secara keseluruhan.


KANDUNGAN UTAMA :


* Kolagen marin
Sumber berkualiti premium yang mudah diserap badan, bertindak sebagai agen antipenuaan yang turut memelihara kekuatan tulang/sendi, kuku dan rambut serta mengekalkan keanjalan dan tekstur kulit agar kekal lembab, halus dan sihat bercahaya.

* Glutathione
Mencerah, menyamaratakan tona kulit serta menyingkirkan toksin dan radikal bebas di dalam badan, seterusnya mengurangkan kedutan halus, noda2 hitam dan pigmentasi.

*Vitamin C
Membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, komponen penting untuk mengoptimakan peranan kolagen dan glutathione di dalam badan, memperbaiki, merawat dan membantu pertumbuhan sel2 baru lebih cepat selain menghapuskan masalah kulit kusam dan jerawat juga melambatkan proses penuaan pramatang.

*Ekstrak sitrus
Mengandungi antioksidan yang menjauhi kerosakan sel kulit akibat pencemaran persekitaran, radikal bebas dan sinaran UV, mengurangi risiko kanser kulit, memudarkan parut, bersifat antibiotik dan antibakteria yang menghalang iritasi/jangkitan kulit.
   30biji / kotak



 DOS PENGAMBILAN :

Ambil 1-2 kapsul sehari sebelum tidur (makan malam 3-4jam sebelum itu).  Minum banyak air sepanjang hari untuk membantu badan menyah toksin dan melancarkan peredaran darah bagi memaksimakan kesan penyerapan vitamin C ini.

* Mendapat pengesahan dari KKM dan halal JAKIM...
sesiapa yang berminat lawat kedai online cps yer....u ols boleh klik {DISINI}
 

Selasa, 11 Disember 2012

OTAI PML @ MY HOUSE


hai uols..
semalam agak bizi juga...bizi menerjah hotel2 kat area pantai cenang...nak survey untuk team building unit cps...kalo bab berjalan memang no 1 ler cps ngan my bos...ada plak klik yang satu kepala....hihi...next 2 week kena attend team building lagi nasib baik dorang nak buat kat sini....lega x yah pegi jauh2...tp bulan Jan ni ada lagi....convention plak....adoii

semalam sebab time lunch dah keluar survey tempat....so around kul 3 lebih baru nak carik makan....tak sangka lak terjumpa dengan otai PML saper lagi kalo bukan bro mohasss aka cikgu shah...ekceli dah tau cikgu shah nak mai sini....tp biasalah cps ni pelupa sikit....tetiba terjumpa kat area plaza langkawi....cikgu shah ngan anak2 buah dia...patutlah cps rasa macam kenal...terus teringat cikgu shah..hihi


sempat amik pic depan plaza langkawi

lepas time opis cps jemput cikgu shah datang rumah....cikgu datang dengan anak2 buahnya 2/3 orang....walaupun sekejap dapat juga sembang2 yer....ekceli kat dalam laman sesawang pun cps jarang berchit chat dengan cikgu shah ni....tp tak sangka cikgu ni peramah orangnya....cps ni biasalah...peramah sokmo...kiki


cikgu shah di samping my goboks yang tak seberapa itu...

pic last sebelum cikgu shah berangkat pulang....kata cikgu nak soping2 kat idaman suri dulu....anak2 buahnya nak sopink pinggan mangkuk....hihi...cps pun tak sempat nak masak apa2....sib baik ada serba sikit stok kat umah tu....kalo hari keje memang cam ni lah...kalut sikit...apa pun terima kasih banyak2 pada cikgu shah sebab sudi datang ke teratak kecil cps ni....lain kali kalo mai langkawi singgah lagi na...:)

ok u olss....bye


Isnin, 10 Disember 2012

♥ VCO SOFTGEL CATALYST ♥


hai uols....ada yang Monday blues tak hihi...
u ols penah dengar catalyst tak??? mesti dah ramai yang dah tau kan....di antara produk terhangat di pasaran dan banyak khasiatnya....☺

di antara produk catalyst ialah Minyak Kelapa Dara/Virgin Coconut Oil(VCO) - Softgel Capsule & Liquid, Collagen Premium, Hair Series(Hair Treatment & Hair Revitalizer), Natural Fibre Drink, Mindstar (Natural Drink for Brain Booster), Femme Vita, Men Vita & Maxorea.

yang kat bawah ni ialah VCO softgel catalyst....agak susah juga nak dapat stok sebab sentiasa out of stock dan akhirnya dapat juga...agak lama juga cps order dan sekarang cps adalah sebagai reseller sah dan telah di daftarkan sebagai ahli catalyst....:)

VCO softgel catalyst...ada 60 biji dalam satu botol 



zooming.....bentuk dan warna softgel lebih dekat


ekceli cps baru mencuba suppliment ni...yang utama cps fokus untuk kecantikan kulit sebenarnya....tp tak sangka dengan makan VCO ni salah satu kesan yang positive untuk cps ialah....jeng-jeng-jeng....

testimoni dari cps sendiri

MENSTABILKAN & MENGATUR SEMULA HORMON DLM BADAN
 cps memang salah seorang pengguna implanon....cps pakai implanon selepas bersalinkan damia (ada sesaper tak tau itu implanon....implanon ialah alat mencegah kehamilan yang di pakai pada lengan dan di tanam pada bawah kulit)...so far implanon ni memang tak kacau berat badan dan cps rasa macam biasa ajer tak ada side effect lain kecuali gangguan hormon iaitu period dah tak normal....bila ke klinik pakar sakit puan doc cakap itu adalah perkara biasa bagi pengguna implanon...so lega hati cps sebab takut juga tak penah lagi period tak normal....ekceli selepas 6 bulan pakai implanon memang period tak datang....slepas itu baru datang balik tetapi period tak berapa nak stabil atau lawas....biasa normal 7 hari....tapi yang ini jadi 3/4 hari dah clear...so macam tak berapa nak ok lah kan....SELEPAS makan VCO ni cps memang agak terperanjat juga...sebab period datang normal dan badan pun rasa ringan mungkin darah kotor keluar....:)


UNTUK KULIT (CHICKEN POX BADAN DAMIA)

anak cps damia baru2 ni naik chicken pox....biasanya yang cps tau kalo chicken pox naik tak akan membesar biji itu....tapi apa yang terjadi pada di bahagian belakang damia biji chicken pox tu pecah dan membesar sebesar duit shilling 20 sen...besar tu u ols...



pic sebelum di bahagian kiri tu sebelum di sapu VCO...kulit kering di bahagian atas dan merah2...ada nanah juga sikit2...cps takut nak sapu apa2 ubat ekceli sebab kata orang kalo naik chicken pox tak perlu sapu apa2...tapi hati makin risau sebab biji tu makin melebar....so selepas di suggest oleh kawan cps sapu VCO....sib baik VCO masa tu dah ada kat umah....selepas 2 kali sapuan...cps sapu sebiji sehari...chicken pox makin mengering dan kulit tertanggal....alhamdulillah...dengan izin Allah s.w.t kulit damia makin ok...cps pun dah risau lagi...:) 

u ols boleh google ekceli kelebihan VCO ni...ada yang cps tahu kalo ada baby yang naik biji2 nanah pada kulit kepala pun boleh sapu juga....ia akan cepat kering dan kulit yang rosak tu akan tertanggal...kesian sesetengah baby atau kanak2 yang naik biji2 gatal tu bukan tau nak cakap kan....bila digaru makin kuat lah berdarah tu....u ols boleh cuba nanti if ada anak yang naik biji2 gatal ni.

VCO minyak kelapa dara ni sesuai juga untuk yang ada masalah jerawat, kulit kering,  tona kulit tak sekata dan strechmark bagi wanita hamil.....VCO ni boleh di sapu di muka...potong hujungnya dan ambil minyak tu dan sapu di bahagian muka....cps selang selikan dengan pemakaian krim malam...baunya pun wangi juga...:)

sesaper yang berminat boleh tengok review produk VCO di blogshop cps....{KLIK DISINI}...dan di blogshop juga ada TESTIMONI dari VCO....selamat membaca yer....:)


nota tangan ~ selalunya cps akan cuba dahulu produk yang cps jual ni....jika ia betul2 berkesan dan berbaloi...dan cps puas hati....baru cps confident nak jual untuk orang lain...kalo sendiri pun tak confident dan tak puas hati...macam mana nak suruh orang beli dan pakai kan...:) sesuatu yang baik perlu di kongsi bersama....:) ♥♥♥


*___________-


Rabu, 5 Disember 2012

TEAM BUILDING @ SWISS INN SUNGAI PETANI


 hai uols...

xtvt last week yang cps kena attend kursus aka teambuilding @ Swiss Inn Sungai Petani...

3 hari perkampung di sana....terpaksa tinggalkan buah hati saya...sapa lagi kalo bukan kak eisya, adik mia dan of cos my laling hubby....memang agak penat juga tapi seronok tu yang lebih....hihihi

thanks 2 my mgmt sebab nama cps terpilih sama....memang sekarang selalu terpilih...hahaha...seronok sekali sekala jumpa dengan kawan2 sepasukan...☺ kat bawah ni semua pic candid from our support team....so cps copycat jer lah...hihi..sebab masa kat sana malas nak amik pic...malas nak hangkut my dslr...pakai camera hp cap ayam jer...☺

my beauty women....our big boss wif Dato' Dr Fazlie & Imran Ajmain...ekceli tu kek surprise untuk birthday our big boss...birthday beliau jatuh pada hari yang sama...so dapat meraikan bersama2 staff....masa nyanyi lagu 'Allah selamat kan kamu' utk our big boss...cps plak yang sebak...rasa nak nangiss...sebau jer lah...haha  

hihi...ada juga pic cps...muka berkeruttt tahan panas.....time ni tengah berkumpul ramai2 b4 p buat gerak gempur....


aktiviti yang ni paling syok...eceli 1st day masa team building tu kami ada treasure hunt dalam perkarangan hotel tu jugak....ekceli consultant yang handle majlis ni ialah Dato' Fazlie tu...treasure hunt yang agak penat sebab kena berlari...naik tangga turun tangga...terjun kolam...mmg seronok...mak2 bonda yang dok melepak setelah  kepenatan...hihi


nih masa bila dorang snap pun cps x tau...tengok ada juga terselit dalam banyak pic yang dorang hantar tu....hihi...await ngan kak shidah ku itu...senyum lebaq semacam...kikiki


amboi3....kemainn dorang yer...lepas penat  treasure hunt semua terjun kolam mandi tak hengattt...ekceli cps nak terjun kolam juga sebenarnya....tapi sayang dengan jeans dan tudung pareedah ku itu....so abaikan saja...


lepas  treasure hunt....kami ada sesi master chef plak....ekceli treasure hunt tu kami kena carik bahan2....antaranya kelapa, buah tembikai, biskut, telur, nenas , coklat, dan sos tiram...so bahan2 tadi akan di jadikan menu masakan dan akan di persembahankan kepada our big boss dan juga juri terhormatnya juga Dato' Fazlie...☺

tengok...tengok...kemain cps yer...semua kena tolong masak...tak ada yang terkecuali....tapi pening kepala sebab banyak sangat tangan...awang2 selamat semua tu pun semua nak tolong...nak tergelak pun ada ni kalo ingat balik...x lalu nak makan...hahaha


pestime tengok Dato' Fazlie secara live...hensem wa cakap lu...kurus dan tinggi...macam umur 20-an...padahal dah pertengahan 30-an...retis memang la kena jaga badan kan....yang sebelah kiri tu imran ajmain...suka dengar lagu dia...tangkap lentokkk.... 


haaa....yang ni baru pic dari camera cap ayam cps....kak shidah, me & adik x tau nama...dari kulim kalo x silap...☺


tuan tanah kedaung.....ahakss HARUS ada juga satu pic walaupun pakai camera cap ayam...hahaha

ok lah uolsss...panjang plak bebel...layanz jer lah yer...bye



Isnin, 3 Disember 2012

♥ RED IN THE HOUSE ♥



merahnya mak ngah....hahaha...kemainnn

ekceli bukan terpengaruh dengan redmommy sebab suka baca blog dia...dan bukan nak jadi red hot mama....tapi sejak dua menjak ni suka dengan kaler merah....selalunya cps ni suka beli kaler hitam atau dark choc....sebab boleh match dengan semua baju...senang....tapi sejak dua menjak ni nak sedikit kelainan...orang kata kaler merah ni kaler yang berani....hahaha...berani mati atau bila pakai kena buat muka tebal...

ingat masa kecik2 dulu umur 7/8 tahun....pakai kasut kaler merah ang macam ni...ni bila dah tua bangka keinginan tu datang balik...hihi...kata hubby budak2 pakai la kasut merah....hihi...sabaq jer lah cps...ekceli kalo untuk dinner cps pakai la...atau pun kalo berseluar wif blouse cps suka matchkan juga...kalo pakai dengan baju kurung tu cps kurang gemar sikit....cps ni bukan cikgu cikgi hokey....kalo cikgu cikgi mungkin ya dari tudung sampai ke handbag kaler yang sama....teringat cikgu sekolah cps yang suka melaram....hikhik





hari tu pegi dinner memang cps perasan orang pandang 2 kali kasut cps.....kahkahkah...dok dalam lampu lip lap lip lap plak...menyerlah gamaknya....cps buat bodoh kering jer....siap naik pentas bagai....ko hado?????

tapi apa pun terpulang pada diri sendiri kan...cps suka tengok adik2 zaman sekarang yang berani bergaya tapi semua yang jenis sopan....sangat2 suka...lani pun musim kaler block...macam tudung paridah tu...bermacam2 kaler...haha...tp cps ni dah cecah 30-an rasanya x bley bergaya camtu....lagi satu cps ni x la terikut sangat dengan fashion semasa....main belasah jer...kadang2 jer bila naik hantu ada juga nak bergaya tu...tapi bukan sokmo ler....hi


hari ni nak rasmikan cik merah pareedah....sangat2 suka...nak try yang 2 kaler plak...memang simple tapi menarik...lagi 2 lai si gojes tak dirasmikan lagi...hahaha...parah poket cps...stop hunting pml...hunting pareedah plak----------------->> PENGSAN


ok u olss....bye


Ahad, 2 Disember 2012

MENG'CREPE' DEROYAN LAGI....AHAKS


 hai uols...
hari ni cps masih nak share DC lagi....semalam cps buat lagi...nak habiskan isi durian dan juga whipping creme tu...WC cps beli yang kotak besar....so katanya kalo dah bukak kotak bley tahan 2 hari jer....kan rosak plak rugi ler...hihi...isi durian pun dah habis...lega...:)

semalam dapat lah 20 biji lebih....cps dah kasik nipis crepe tu...buat cair sikit dari yang kelmarin...makin sedap uols...:)...alang2 dah dapat banyak cps bawak kat opis sama....kasi kat member2 opis...letak kat umah 4/5 biji jer...sebab cps jer yang ngapp....cik somi kurang gemar sebab dia x makan deroyan...hiks


DC wif antik siku 5 roses....♥


cps letak banyak sikit isi durian...whipping cps letak selapis jer....isi durian letak 2 lapis...kasi banyak....lagi sedap...baru puas makan...hi

lepas ni bley buat jenis lain plak...blueberry crepe ker...manggo crepe ker....hihi...itu pun kalo cps rajin yer...kalo u ols nak resepi yang simple macam cps buat ni..u ols boleh semak {DISINI}

-bye-